Header Ads

ads header

Flash News

Ujian Covid-19 percuma tanpa mengira kewarganegaraan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa semua ujian untuk pengesanan Covid-19 adalah percuma, termasuk untuk warga asing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah, bayaran hanya dikenakan kepada ujian yang tidak berkaitan dengan Covid.

"Jika warga asing datang ke klinik atau hospital KKM untuk pemeriksaan penyakit bukan Covid-19, mereka akan dikenakan bayaran mengikut yuran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Bagaimanapun, untuk Covid-19, tidak ada bayaran yang dikenakan seperti dinyatakan pekeliling kementerian pada 29 Jan.

"Tidak kira sama ada warga asing kaya atau miskin, mereka tidak akan dikenakan bayaran," katanya semasa sidang akhbar mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu, selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari ini memberitahu sidang akhbar bahawa bayaran akan dikenakan kepada warga asing yang tampil untuk mendapatkan ujian Covid-19.

Muhyiddin, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini, ditanya pada sidang akhbar sama ada warga asing yang membuat ujian Covid-19 di hospital awam dikenakan bayaran.

"Ya, memang ada kos. Walaupun mereka pergi ke hospital (awam), sebahagian kos itu ditanggung (kerajaan), untuk warganegara sahaja.

"Kalau mereka itu warga asing, mereka terpaksa bayar. Tapi penting mereka buat begitu untuk menjamin mereka tidak menghidapi penyakit itu.

"Lebih baik tampil, kalau tak dirawat akan timbul musibah," kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, portal kesihatan CodeBlue melaporkan bahawa pekeliling KKM bertarikh 29 Jan mengecualikan bayaran pendaftaran, pemeriksaan, rawatan dan kemasukan ke hospital untuk warga asing yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Sebelum ini, terdapat pihak yang menimbulkan kebimbangan bahawa pekerja asing, terutamanya yang tanpa dokumentasi, akan takut tampil membuat ujian.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan