Header Ads

ads header

Flash News

153 kes baru, 3 lagi terkorban, kadar kes sembuh 45 peratus


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 153 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,683 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan tiga lagi pesakit meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 76.

Berkenaan kes sembuh pula, beliau berkata seramai 113 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Ia menjadikan jumlah pesakit sembuh kepada 2,108 orang, iaitu 45 peratus daripada kes keseluruhan.

Ia bermakna jumlah kes aktif setakat ini - dengan kebolehjangkitan Covid-19 - adalah 2,499 kes.

Sejumlah 66 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang berbanding 72 pesakit semalam.

Daripada jumlah itu, 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, berbanding 39 pesakit semalam.

Berikut tiga pesakit yang meninggal dunia hari ini:

Pesakit 4,531 (kematian ke-74)

Lelaki warga Malaysia berumur 54 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Negeri Sembilan pada 11 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi hari ini.

Pesakit 3,469 (kematian ke-75)

Lelaki warga Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Taiping, Perak pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.23 pagi hari ini.

Pesakit 4,314 (kematian ke-76)

Perempuan warga Malaysia berumur 47 tahun dan mempunyai latar belakang darah tinggi.

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 8 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.36 pagi, hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.



MR :  Sembuh 45%.. alhamdulillah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan