Header Ads

ads header

Flash News

Jalan Masjid India ditutup, penduduk jalani ujian saringan


Selepas dua bangunan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), semua perniagaan di kawasan tersebut ditutup hari ini bagi membolehkan penduduk sekitar membuat ujian saringan Covid-19.

Tinjauan Malaysiakini sejak pagi tadi mendapati kesemua perniagaan di kawasan berkenaan diarahkan tutup.

Semua penduduk yang tinggal di kawasan itu termasuk pekerja pusat membeli belah Lulu juga diminta membuat ujian saringan bagi mengenal pasti jika terdapat simptom jangkitan Covid-19.

"Ya, hari ini kementerian kesihatan membuat ujian saringan kepada semua yang tinggal di sini.



"Peduduk di Masjid India, pekerja Lulu dan Pasaraya Mydin dan juga penginap hotel di kawasan ini diminta mengadakan ujian," kata seorang pegawai polis yang enggan namanya didedahkan.

Pada 7 April lalu, kerajaan mengarahkan bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang terletak di Jalan Masjid India diletakkan di bawah PKPD, membabitkan 6,000 penduduk.

Sebelum itu pada 30 Mac, Menara Plaza City One di Jalan Munsyi Abdullah dikenakan PKPD.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,054 orang sudah menjalani ujian saringan di kawasan kondominium berkenaan dan jumlah kes positif kekal 30.

Penduduk di tiga-tiga bangunan berkenaan tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan