Header Ads

ads header

Flash News

222 Discaj, 3 Kematian, 118 Kes Positif Baharu


PUTRAJAYA: Tiga kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhannya 70 pesakit meninggal dunia akibat virus itu setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3 pesakit yang meninggal dunia awal hari ini terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita berusia 62 hingga 88 tahun yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis.

Katanya, seorang daripada pesaki itu ialah kontak rapat satu kes positif perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir Februari lalu.

Beliau berkata, 69 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan 118 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 4,346 orang.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada 4 petang tadi, Muhyiddin berkata, 222 pesakit sudah pulih, menjadikan semuanya 1,830 dibenarkan keluar hospital, iaitu 42.11% daripada kes positif.

Hisham berkata, pengesanan kes aktif sudah dijalankan di zon penampang sekitar Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, satu daripada kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ia membabitkan anggaran 1,800 penduduk dengan 359 daripadanya sudah menjalani ujian saringan berdasarkan penilaian risiko.

Terdapat 13 kes positif dan 88 kes negatif dari kawasan itu setakat ini, manakala 258 kes masih dalam proses ujian makmal.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan