Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan akan tawarkan 800 gelandangan di KL kerja selepas PKP


PUTRAJAYA: Lebih 800 gelandangan yang ditempatkan di 4 pusat transit di Kuala Lumpur akan ditawarkan pekerjaan selepas perintah kawalan pergerakan berakhir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata, mereka akan disaring dan diberikan latihan untuk menjadi pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau operator pengeluaran di kilang.

“Selepas tamat PKP, mereka tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi. Kita akan memberi mereka 2 pilihan – bekerja sebagai pekerja am atau operator pengeluaran.

“Mereka dijangka mula bekerja pada 1 Mei, bergantung sama ada PKP masih berkuat kuasa atau ditamatkan.

“Sekiranya PKP tidak lagi berkuat kuasa pada 1 Mei, maka mereka akan dipindahkan ke 2 asrama dan memulakan hidup baru dengan bekerja sama ada sebagai operator pengeluaran atau pekerja am,” katanya dalam rakaman video Facebook.

Beliau berkata, mereka akan dibayar RM1,200 hingga RM1,400.

“Saya telah mengarahkan DBKL tampil dengan rancangan ini supaya komuniti gelandangan tidak akan tinggal di jalanan lagi.”

Annuar berkata, Persatuan Gurdwara Sahib Malaysia akan membantu kementeriannya menyediakan hidangan vegetarian kepada warga asing di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Mansion Selangor dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada NGO dan persatuan yang membantu kerajaan menyediakan keperluan asas kepada penyewa asing di sana.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, terdapat 12 kawasan di Wilayah Persekutuan yang disenaraikan sebagai zon merah (kawasan dengan lebih 40 kes positif Covid-19).

“Di Selangor Mansion dan Malayan Mansion sudah ada 49 kes, sementara Menara City One ada 30 kes, bermakna 79 kes dalam satu lokaliti yang kecil.

“Ini satu cabaran, tetapi kementerian dan agensi berkaitan akan melakukan yang terbaik untuk menguruskannya.”


MR :  Kerajaan PH buang pekerja.. janji kerja hancing... Kerajaan PN tawar kerja..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan