Header Ads

ads header

Flash News

Kedai perkakasan, gunting rambut, dobi boleh operasi ketika PKP


PETALING JAYA: Sejumlah perkhidmatan, termasuk kedai perkakasan, elektronik dan gunting rambut kini boleh beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan yang akan memasuki fasa ke-3 di bawah syarat ketat.

Ini menyusul pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sektor terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan berdasarkan prosedur operasi standard.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan beroperasi dengan sesetengahnya hanya boleh menawarkan perkhidmatan terhad.

Bagi salun dan kedai gunting rambut, katanya, peniaga hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut.

Untuk sektor runcit, kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik serta cermin mata dibenarkan beroperasi.

Hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan