6 kriteria tentukan PKP, kata Noor Hisham ditanya isu ‘balik kampung’
PUTRAJAYA: Terdapat 6 kriteria diteliti Kementerian Kesihatan yang akan menentukan kesinambungan perintah kawalan pergerakan, kata Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya adakah KKM akan menyarankan larangan “balik kampung” semasa Ramadan seperti di Indonesia baru-baru ini.
Ketua pengarah kesihatan memaklumkan 6 kriteria tersebut perlu dinilai setiap kementerian dan agensi yang berkenaan sebelum menghentikan kawalan di sesuatu kawasan:
- Kawalan sempadan
- Kawalan pergerakan
- Persediaan sistem kesihatan
- Tindakan dan strategi melindungi kumpulan yang berisiko tinggi seperti penyakit yang menjalani kemoterapi dan penyakit kronik
- Pengamalan norma baru seperti kerap membasuh tangan dan penjarakkan sosial
- Kenal pasti kawasan dan kumpulan dalam komuniti yang berpotensi dijangkiti
“Sebelum tamatkan, kena tengok kes aktif iaitu kebarang jangkitan kes tersebut, kalau kita boleh kawal, kita boleh pertimbangkan tamat PKP.
Hisham berkata kementerian sedang meneliti data dan perkembangan terkini jangkitan Covid-19 bersama Majlis Keselamatan Negara dan agensi lain yang terlibat.
Indonesia hari ini mengenakan larangan balik kampung semasa Ramadan bagi mengekang penyebaran Covid-19 ketika jutaan rakyat bersesak pulang ke kampung.
Pakar perubatan republik itu memberi amaran membenarkan jutaan rakyat pulang ke kampung boleh mempercepatkan penularan penyakit itu
Sementara itu, Hisham berkata Malaysia belajar daripada pengalaman negara jiran berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga asing.
Beliau ditanya adakah KKM bercadang menyaring semua warga asing, selepas Singapura hari ini mengesahkan penambahan 623 kes jangkitan, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini 5,050 kes.
Hisham sebelum ini berkata KKM menjalan saringan secara besar-besaran ke atas pekerja asing di beberapa lokasi panas Covid-19.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan