Skandel Kewangan memangsakan Mahasiswa di Malaysia
Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah sesuatu yang tidak mungkin akan disiarkan dalam media arus perdana, kerana mereka takutkan tindakan daripada tuan politik mereka.
Oleh itu, berita ini akan terkambus begitu sahaja dan tidak akan dapat didengari oleh khalayak ramai di Malaysia, tanpa bantuan anda-anda semua untuk meuar-uarkannya.
Berita ini adalah mustahak kerana ia melibatkan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi dalam Malaysia, yang terkandas dan tertekan secara kewangan dan psikologi dalam kampus-kampus atau pun hostel-hostel merata negara.
Baru-baru ini Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria mengetengahkan kepentingan mengadakan perkhidmatan buddy atau pun mentor kerana tekanan psikologi antara mahasiswa yang terkurung dalam hostel adalah dalam tahap yang terlalu tinggi - https://www.bernama.com/bm/
Perkara yang sama telah dilaungkan oleh Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, apabila menerima laporan daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dalam keadaan tertekan disebabkan terkurung dalam hostel ketika PKP - https://www.hmetro.com.my/
Untuk pelajar tempatan di universiti dan kolej awam yang mendapat pembiayaan kerajaan, terkurung dalam kampus tidak la begitu membimbangkan kerana makanan dan kebajikan masih dititik beratkan buat ketika.
Yang lebih membimbangkan adalah situasi untuk kolej-kolej dan universiti-universiti swasta, dimana kegawatan ekonomi telah menyebabkan kejatuhan kemasukan pelajar, dan kini keadaan kewangan institusi-institusi swasta ini mula menunjuk keretakan.
Artikel oleh Murray Hunter telah menjelaskan bahawa institut pengajian tinggi swasta Malaysia sememangnya tidak lestari - https://www.asiasentinel.com/
Berita terkini mendedahkan permulaan krisis kewangan yang menyebabkan pelajar-pelajar swasta khususnya pelajar warga asing mengalami kekurangan makanan, malah krisis tidak mendapat makanan ketika PKP. Masalah yang dihadapi oleh Universiti Antarabangsa Al-Madinah atau pun MEDIU, adalah kes-kes awal untuk krisis yang lebih besar yang akan datang - http://www.malakattribunenews.
Kini, tiada sebarang wang sokongan untuk institusi swasta menampung kos-kos makanan bagi pelajar mereka yang terkurung ketika PKP, walau pun kosnya tidak begitu tinggi. Sekaligus ini sudah tentu menggambarkan imej yang buruk kepada pelajar-pelajar asing di Malaysia, dan juga kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia yang mempunyai potensi untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pengajian tinggi.
Kebajikan dan kesejahteraan pengajian tinggi di Malaysia telah lama difikirkan, dan KPT telah pun mencuba beberapa cara untuk mengumpul dana supaya Malaysia terus menjadi destinasi idaman untuk pelajar-pelajar asing.
Malangnya disini, apabila kami (pelajar-pelajar universiti yang sentiasa menjadi mangsa keadaan) membuat siasatan, terbongkarlah satu lagi skandal kewangan negara yang melibatkan ratusan juta Ringgit yang menguntungkan pihak korporat yang tidak menyumbang langsung kepada kebaikan institut pengajian tinggi di Malaysia.
Pada tahun 2011, telah di bahaskan dalam kabinet bahawa kebajikan pengajian tinggi harus di pertingkatkan melalui satu levi. Levi ini kemudiannya dikenal pastikan sebagai levi pelajar antarabangsa dimana sebuah pusat one-stop untuk pemprosesan permohonan visa pelajar akan dipermudahkan dengan kaedah ini setelah mendapat tempat di institut pengajian tinggi Malaysia.
Sebelum tahun 2012, pelajar asing akan menguruskan permohonan visa melalui bantuan universiti atau kolej dengan membayar yuran visa kepada Jabatan Imigresen Malaysia, dan juga mendapatkan insuran pendidikan melalui universiti.
Selepas tahun 2012, semua proses ini dilakukan secara setempat melalui sebuah agensi yang ditubuhkan khas untuk tujuan ini, bernama Education Malaysia Global Services atau pun EMGS.
Kami mendapat tahu sudah pun ada bahagian bernama Education Malaysia yang mempunyai pejabat-pejabat di merata dunia di bawah bahagian KPT, namun EMGS ditubuhkan ketika itu dengan hasrat untuk berniaga. Walau bagaimanapun, hasrat yang murni ini sebenarnya mempunyai satu motif jahat untuk meraihkan kewangan untuk segelintir pihak atasan melalui syarikat BURSA bernama Scicom Berhad.
Bagaimana kah penyelewengan ini berlaku? Pada awalnya, pihak atasan EMGS pada tahun 2012 telah berpakat dengan Scicom Berhad, yang mempunyai kertas kerja asal skim ini, dan secara superficial membuka tender, dimana akhirnya sememangnya Scicom Berhad dipilih untuk menjadi kontraktor untuk perkhidmatan pusat one-stop ini. Scicom akan mengenakan caj tambahan sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar asing, dimana 65% daripada yuran ini diambil oleh Scicom, dan kemudian Scicom pula mengambil 100% daripada keuntungan yang dibuat menjual insuran dan ujian kesihatan, dimana ianya dulu merupakan mata pencarian setiap universiti dan kolej terlibat. Kos tambahan RM1,000 kepada pelajar-pelajar asing ini meraihkan sekurang-kurangnya sekitar RM40juta untuk Scicom Berhad setahun, dimana Scicom mengawal semua operasi sehinggakan data-data pelajar asing dan pasport mereka juga, walaupun mereka bukannya badan kerajaan. Sehingga kini, Scicom Berhad dipercayai telah menjana lebih daripada RM400 juta dalam pendapatan melalui operasi ini.
Setelah Scicom dipilih sebagai pemenang tender, EMGS dan Scicom mengikat janji satu kontrak berat sebelah yang sudah tentu akan menguntungkan pihak Scicom sahaja, dan merugikan pihak kerajaan.
Perkara ini biasa didengar, orang-orang tidak amanah termasuk orang politik yang mengambil kesempatan untuk menyalur keluar ratusan juta Ringgit untuk kemewahan masing-masing.
Oleh kerana skim ini melibatkan ramai pihak atasan dan ahli-ahli politik, maka ramai yang menutup mata tentang perkara ini.
Apabila isu EMGS dibawa ke PAC pada tahun lalu, isu lain pula yang dibangkitkan, untuk mengkaburkan penyelewengan sebenar EMGS yang melibatkan ratusan juta Ringgit yang di kaut Scicom Berhad. Ahli PAC telah diputar belitkan fakta supaya apa yang kelihatan adalah perkara-perkara remeh yang lain, dan kontrak berat sebelah EMGS – Scicom Berhad tidak langsung diperbincangkan.
Namun bagaimana pun, hak dan kebenaran adalah sukar untuk disembunyikan. Jelas ternyata penyelewengan Scicom Berhad dengan kroni-kroni berstrategi dalam EMGS yang dahulunya tidak dapat mengelak dua fakta yang benar iaitu:
1) Kemerosotan bilangan pelajar asing mulai 2012, atau dalam erti kata lain, sejak bermulanya EMGS. Caj dan yuran yang dikenakan Scicom Berhad yang terlalu komersil dan tidak memanfaatkan apa-apa kepada pelajar asing menjadi faktor yang menjijikkan mereka untuk menuntut pengajian tinggi di Malaysia.
2) Hal ehwal pengajian tinggi Malaysia semakin merosot, dan universiti-universiti tempatan baik awam atau pun swasta tidak pernah sekali pun merasakan wang kutipan daripada caj-caj Scicom melalui EMGS kepada pelajar-pelajar asing.
Kini, retak-retak institut pengajian tinggi semakin ketara, namun kerajaan dahulu, dan kini, masih tidak mengambil berat tentang kontrak berat sebelah EMGS -Scicom yang sememangnya menjadikan Negara ini mangsa skandal kewangan sekali lagi.
Walau pun pendirian pentadbiran EMGS yang baharu nekad untuk memperbaiki perkara ini dengan menyaman Scicom Berhad, akan tetapi dengan penyelewengan dan peguam-peguam yang mahal syarikat itu, serta sokongan daripada ahli-ahli politik yang terlibat, sudah tentu susah untuk EMGS dan KPT mendapat keadilan - https://educationmalaysia.gov.
Oleh itu akan berterusan Negara ini ditipu oleh segelintir golongan atasan tertentu yang terus berpura-pura bagus pada masyarakat, namun hidup dengan penuh kemewahan dan keseronokan, pada masa ramai mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi yang hidup dalam kesusahan dan tekanan.
Kami sebagai pelajar pengajian tinggi mengharapkan perkara ini dibangkitkan dan diketengahkan supaya pengajian tinggi di Malaysia tidak menjadi mangsa dan dapat dipulihkan supaya ianya terus menjadi pilihan destinasi pengajian tinggi.
PELAJAR PRIHATIN
MR : Semoga pendedahan ini diambil perhatian sewajarnya
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan