Header Ads

Header ADS

Ahli Gusti Berhijab Malaysia Disenarai Forbes 30 Under 30 Asia


KUALA LUMPUR – Ahli gusti berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam tujuh daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

Edisi muka depan Forbes, Nor ‘Phoenix’ Diana, 20, yang tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Anak jati Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang.

Selain Nor Diana, Anja Chong, 26, atlet ‘speed skating’ Malaysia yang memenangi empat pingat emas di dalam acara itu di temasya Sukan SEA 2017 dan 2019 turut disenaraikan di dalam kategori Sukan dan Hiburan.



Forbes 30 Under 30 Asia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun, yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi akan datang.

Antara belia Malaysia yang berjaya tersenarai dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun kelima itu ialah Arif Tukiman, 28, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RunCloud, sebuah syarikat pemula teknologi.

Beliau tersenarai dalam kategori Perusahaan Teknologi.

Malaysia mempunyai dua wakil kategori Runcit dan E-Dagang iaitu syarikat RAGE Coffee yang diasaskan bersama oleh Jevin Singh dan Mohamed Afzal serta syarikat Dropee yang diasaskan bersama oleh Lennise Ng dan Aizat Raim.

Kategori Kewangan dan Modal Teroka diwakili oleh Pengarah Pelaburan Kairous Capital, Adrian Hia, 27; Joshua Smith, 29, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi MyPay dan Zac Liew, 28, pengasas bersama dan CEO Curlec.

Yi Hern Chang, 23, Pengasas JomRun dan Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, 30, pengasas bersama Baituljannah pula disenarai di dalam kategori Teknologi Pengguna.

Bagi ketagori Kesenian, diwakili oleh Jason Ooi, 29, pengasas bersama Agrain manakala Ashiwin Vadiveloo, 29, Penyelidik Pasca Siswazah di Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Alga di Murdoch University, Australia tersenarai dalam kategori Sains dan Penjagaan Kesihatan. – BH Online




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Masyaa=Allah,macam mana berhijab, tapi boleh bergomol dgn lelaki bukan suami

    BalasPadam
  2. Hah elok la tu jadi pencetus pembawa kemungkaran di dalam Malaysia ni.. Awat bangang sangat,hang tu muslimah,bertudung,dah elok dah tu ada la sikit usaha nak jaga aurat tu dari terdedah, eh pukimak mak dia kompem la gabak lahir kan dia ni jadi penggusti yg sedap je boleh bergomol dengan jantan kat atas gelanggang.. Apa yang nak dibangga kan

    BalasPadam
  3. nice blog and information. thank you very much for article
    more info:
    Game Slot Murah

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.