Header Ads

ads header

Flash News

Polis dalam mod 'keras' laksana PKP fasa dua kata Menteri


KUALA LUMPUR: Polis kini dalam mod 'keras' bagi melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memastikan rakyat mematuhi setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP.

"Kalau dahulu lembut dan nasihat, kemudian bertukar tegas, kini mod polis adalah keras. Tindakan akan terus diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sepanjang tempoh PKP, seramai 4,189 individu ditahan atas pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan PKP.

"1,449 daripadanya sudah dituduh di mahkamah dan ada antaranya dijatuhkan hukuman bukan setakat denda, malah hukuman penjara.

"Ada yang dipenjara selama lapan bulan bukan sahaja atas kesalahan ingkar PKP malah mengganggu tugas penjawat awam," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan