Header Ads

Header ADS

Airmata Rohingya



Isu pelarian Rohingya bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi kebelakangan ini menjadi panas sehingga bangkit ramai yang mengkritik dan mendesak agar tindakan diambil berdasarkan berita dan maklumat separuh betul dan yang direka-reka.

Tanpa kita sedari ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan.

Isi Rohingya ini bermula atas nama isu kemanusian. Kaum yang lari kerana ditindas dan dizalimi oleh penguasa tanahairnya. Tambahan sebagai sebuah negara Islam kita terpanggil untuk membantu saudara se Islam kita yang dalam kesusahan.

Saya masih ingat semasa saya siswa di ITM (sekarang IITM) Shah Alam dulu tahun 80an, ketika isu pelarian Vietnam yang berpusu-pusu masuk ke perairan kita kerana lari dari regim kuku besi komunis Vietnam, dalam satu kuliah bulanan di Masjid Mujahideen Damansara Utama Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ditanya berkenaan pendirian Islam mengenai perkara ini.

Pelarian Vietnam ketika itu rata-rata non Muslim.

Tuan Guru memetik ayat al Quran:
"Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui."
(Surah al-Taubah, ayat 6)

Memahamkan kami bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan melindungi mereka yang meminta perlindungan ini.

Itu Vietnam yang non Muslim, bagaimana pula Rohingya yang Muslim?

Kita yang tidak pernah tahu nasib sebenar penderitaan kaum Rohingya ini turut mahu memberi ulasan dan komen. Dengarlah dari mereka yang pernah tidur se khemah dan makan setalam dengan kaum ini untuk berlaku adil. Dengarlah dari mereka yang pernah sampai ke perbatasan Myanmar/Bangladesh supaya kita punya perspektif yang sebenar.

Berikut saya kongsi catatan sahabat saya YB Tuan Hj Muhamnad Sanusi Md Nor yang pernah terlibat dalam kerja-kerja berunding dan membela nasib kaum Rohingya ini serta bersama menghulur bantuan kemanusiaan.

CATATAN SDR SANUSI MD NOR

Aku kehairanan:

Ada isu besar pelancong China dapat MyKad, ada yang memohon kerakyatan puluh ribu orang, ratus ribu orang China masuk sebagai pelancong tapi tak balik-balik - hilang! Bukan seorang dua tapi ratusan ribu. Pasai apa orang kita yang garang-garang sehari dua ini diam saja.

Tapi dengan pelarian Islam yg lemah, miskin, kotor, buta huruf dan tak ada pelindung, - dilondeh segala keburukan, dikorek segala cerita lama, dihina, dikutuk, disebar kebencian dan dihalau. Nak pergi ke mana depa tu semua kalau di halau? Bro! Penghuni Bukit Malut Langkawi itu bukan Rohingya, mereka orang Melayu Burma Pulau Dua. Tak ada sangkut paut dengan Rohingya.

Apa jenis tamaddun kita ini. Hilang lenyap segala sifat kemanusiaan berganti kebencian meluap-luap, sesetengahnya terikut-ikut tanpa sebab. Sehelai bulu roma pun tak pernah luruh angkara orang Rohingya, tapi dia punya maki hamun macam habis sudah harta benda dia kena rampas.

Bab cadangan dulu-dulu tu (kerakyatan sementara tahun 2017) hanya cadangan saja. Masa itu genocide sedang memuncak, orang sedang dibunuh, anak-anak dibakar api yang marak memakan rumah, wanita dirogol, lelaki dipenggal kepala, di potong kaki tangan, ditembak, dibom! Yang hidup dihambat keluar dari tanah sendiri. Lari berhari-hari ke rimba dan sungai mencari tempat selamat.

Cadangan itu kerajaan yang perlu pertimbang, dan buat keputusan. Sudah ada keputusan pun! Ia tidak dipertimbang dan tidak boleh dilaksanakan.

Tidak semudah itu negara hendak berdepan dengan isu kerakyatan walaupun sementara saja. Bukan netizen yang kena buat keputusan, tidak ada seorang pun peduli dengan cadangan itu. Ia hilang, sudah berlalu, jadi bahan sejarah. Kenapa dibangkitkan semula sekarang ini kalau tidak dengan niat dan maksud yang buruk?

Bab yang dikatakan tuntutan baru mahukan kerakyatan dan hak sama rata kepada mereka itu, surat PALSU! Surat itu tidak betul, yang disebar itu fitnah saja. Individu yang dikatakan membuat surat itu pun sudah menafikan, komuniti mereka pun menafikan bahawa individu itu mewakili mereka.

Mereka pun tak kenal dia itu siapa. Siapa lantik, siapa pilih? Kita berperang siang malam atas kenyataan palsu dari orang yang tidak dikenali, kenapa.

Yang diakui benar hanya permintaan untuk bekerja, dilindungi insuran ketika bekerja, kos rawatan klinik dikurangkan dan tidak ditangkap kerana bekerja. Ini permintaan biasa saja, untuk hidup kena kerja beli beras.

Jadi, tuntutan hak itu ini yang diviral itu palsu saja, kita bising maki hamun satu malaya. Wajarkah kita beremosi atas benda palsu dan tak berasas?

Walaupun palsu, atas rasa tanggungjawab meredakan keadaan, mereka memohon maaf dari segala penjuru, atas individu dan perkumpulan mereka, bersurat dan bersuara. Keras sangat hati kita untuk menerima permohonan maaf mereka, kenapa?

Agenda RBA DAP untuk melagakan orang Islam kita telan bulat-bulat, agenda inteligent Myanmar untuk mewajarkan genocide ke atas Rohingya kita sambut berbunga-bunga, meluap-luap tanpa sedar.
Kerja sembunyikan projek bawa masuk kaum kerabat mereka dari China dan India sunyi sepi tidak ada siapa peduli. 6.7 juta pendatang asing lain tidak tersentuh sama sekali.

Kita pukul borong semua yang berwajah seperti keling benggali itu Rohingya belaka. Semua biadab dan pengotor orang berwajah keling benggali itu adalah honar jahat Rohingya.

Myanmar buddist (Moon, Shan, Karen), Myanmar muslim, Bangla, Pathan, India, Tamil, Nepal, Sri Langka yang sah dan PATI semuanya Rohingya! Semua kedurjanaan di pasar Selayang dilonggok atas kepala Rohingya, sedangkan tidak ada satu kedai pun milik mereka.

Ada seorang dua menjadi buruh di situ, tapi seluruh hudoh selayang itu dikatakan mereka punya angkara. TV3 pun tumpang sekaki melakar propaganda. Sejak bila TV3 dan Malaysiakini tidak boleh dijual beli?

Adakah kita ini bangsa yang berani tunjuk hebat dengan orang lemah saja? Sejak bila kita rela jadi badut sarkas orang lain?

Kamu tahu atau tidak ada ratusan ribu warga China dan India sedang bersembunyi di negara ini, sebahagian mereka telah mendapat MyKad. Baru 6 orang dapat ditangkap dan didakwa, selebihnya lepas bebas.

Kamu tahu atau tidak warga China dan Hong Kong yang kuat dan kaya memiliki hartanah lebih RM8 bilion di sini. Mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.

Kamu sedar tidak ada 4 juta orang pendatang tanpa izin (PATI) dari serata dunia sedang berada di sini, tanpa kebenaran?

Selain PATI, ada lagi 2.7 juta pekerja asing sah dari serata dunia sedang bekerja di sini. Semua warga asing itu datang mencari makan, menyedut hasil kita menghantar pulang berbilion ringgit setiap bulan. Sebahagian mereka ada di Selayang!

Ada 'orang dalam' dan orang asing sedang tersenyum dengan gelagat kita. Mereka punya kerja senang dapat untung besar, kita hanya puaskan diri sendiri.

ROSLAN SMS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Artikel ini terbaik dan mantap kerana mendedahkan penderitaan pelarian Rohingya Islam yang wajib dibela dan ditolong oleh umat Islam berdasarkan ajaran Islam.

    Malangnya sebilangan netizen jahil murakkab dan buruk akhlak dan RBA DA-Pigs laknatullah sibuk menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghalalkan penindasan ke atas pelarian Rohingya Islam.

    Dan pada masa yang sama netizen hipokrit dan RBA rasis ini berdiam diri seperti syaitan bisu tentang isu beratus ribu pendatang haram dari China Komunis yang menetap secara haram di negara Kita menggunakan MyKad palsu atau MyKad yang diragui statusnya.

    Mungkin sebahagian dari 1.3 juta MyKad yang dilaporkan hilang dll telah jatuh ke tangan pendatang haram dari negara China Komunis.

    Bahkan pendatang haram dari China Komunis ini tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Mengapa netizen bodoh berlapis dan RBA tidak buat heboh isu ini ??? Siapa melindungi mereka dalam negara ini menyebabkan mereka boleh hidup selesa di negara ini???

    Sebenarnya pendatang haram dari China Komunis ini sangat berbahaya kepada negara Kita kerana mereka boleh menghapuskan kuasa politik kaum Melayu sebagai rakyat majoriti dan pendatang haram ini adalah proksi rejim China Komunis yang bercita-cita mahu meluaskan empayar China Komunis dan pengaruh politik ketenteraan China Komunis di kawasan ASEAN dll.

    Ini membuktikan mereka adalah kepala bapak rasis yang bersikap hipokrit @ double standard yang mempunyai agenda jahat untuk menghalau pelarian Rohingya keluar dari negara ini dengan menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan pelarian Rohingya Islam.

    BalasPadam
  2. Kita umat Islam wajib menolong pelarian Rohingya Islam kerana mereka adalah saudara Islam kita yang sedang dirompak, ditindas, disiksa, dirogol, dibunuh oleh pengganas Buddha Myanmar dan rejim ultra rasis Myanmar.

    https://peraktoday.com.my/2020/04/pemimpin-pas-pertahan-pelarian-rohingya-daripada-kecaman-rakyat/amp/

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.