Header Ads

ads header

Flash News

Amerika pulangkan RM1.3 billion daripada dana 1MDB


Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan sejumlah AS$300 juta (RM1.3 Billion) wang sitaan daripada aset berkaitan 1MDB kepada Malaysia, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Jumlah itu, kata Muhyiddin, merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB disita dan diserahkan kembali oleh individu berkait dengan Jho Low.

“Pemulangan AS$300 juta ini bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia – sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset – secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta.

“Proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ (Jabatan Keadilan AS),” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan