Header Ads

ads header

Flash News

Shahul Hameed dilantik CEO baru HRDF


Pengasas My Events International, Shahul Hameed Dawood, dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kata beberapa sumber.

Difahamkan, pelantikan Shahul Hameed itu akan berkuat kuasa minggu depan. Beliau akan menggantikan Elanjelian Venugopal daripada jawatan CEO badan itu oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, bulan lalu.

Sementara itu, ketika dihubungi, Shahul Hameed enggan memberikan sekarang komen dan menegaskan sebarang pengumuman rasmi mengenai pelantikannya mesti dibuat oleh lembaga pengarah HRDF terlebih dulu.

Pada masa sama beberapa kumpulan serta individu - termasuk Persatuan Dewan Perdagangan dan Industri India - sejak semalam menyampaikan ucapan tahniah kepada Shahul Hameed.

My Events International pernah terbabit menguruskan beberapa penganjuran majlis berprofil tinggi termasuk siri ceramah menampilkan Dr Zakir Naik pada 2016.

Ketika itu, Shahul Hameed dikatakan terlibat dengan pihak berkuasa - termasuk ketua polis negara ketika itu, Khalid Abu Bakar - yang menyaksikan penampilan Zakir sebagai penceramah di Melaka.

Pada 1 April lalu portal Malay Mail melaporkan, Elanjelian - bersama pengerusi HRDF, Noor Farida Ariffin, dan empat anggota lembaga badan itu - ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka oleh Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh perkhidmatan Elanjelian dikatakan sepatutnya tamat pada Julai tahun ini, manakala Noor Farida hanya akan berakhir pada Januari 2021.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan