Header Ads

Header ADS

Kerajaan Tak Ada Pintu Merayu Untuk Jumpa Kerajaan Pintu Belakang


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata beliau telah bertemu dengan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan beberapa perkara termasuk langkah yang diambil bagi membendung wabak Covid-19.

Mesyuarat itu kata Anwar berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat," katanya.

"Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan," katanya di Facebook.

Anwar, yang sebelum ini menggesa Muhyiddin membawa membentangkan pakej rangsangan RM250 bilion untuk dibahaskan di Parlimen, berkata beliau juga memaklumkan kepada perdana menteri bahawa pakej rangsangan berkenaan diterima baik.

"Namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi.

"Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau," katanya.

Anwar berkata dalam pertemuan itu Muhyiddin turut menyentuh mengenai persidangan Dewan Rakyat pada Mei 18 depan.

Terdahulu, Majlis Presiden PH menggesa Muhyiddin memanggil sidang khas parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerangi wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden PH berkata langkah tersebut perlu diambil bagi mencari jalan melindungi pekerja dan menyediakan peluang ekonomi bagi mereka yang bakal kehilangan pekerjaan pada waktu terdekat, seterusnya menyelamatkan ekonomi negara.


MR :  Entah-entah tanya jawatan TPM yang masing kosong tu!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


26 ulasan:

  1. Ingat tadi nak ulas panjang.....tapi rasanya penat dan buang masa je. Pembangkang harus tukar pemikiran dari pembangkang yang menbawa masaalah ke membawa solusi. Rasanya lebih berharga . Semua orang boleh bawa masaalah. Beza le sikit, tak payah le dengan retorik hanya persidangan parlimen dapat bantu kerajaan.

    BalasPadam
  2. Satakat ni apa yg di laku kan kerjaan ada lah terbaik buat rakyaat dan negara sabahagian besar rakyaat menerima baik kerjaan pimpinan tsmy walau pun di bentuk oleh ahli parlimen tp haru ingat ahli parlimen itu di pilih oleh rakyaat juga rasa tak timbul lah masalah yg di kata kan pembangkang bahawa kerjaan bkan pilihan rakyaat.yg pasti rakyaat dah menolak ph.duk rumah diam2.

    BalasPadam
  3. Banyak sudut kelemahan kerajaan pintu belakang@KPB atau kerajaan Tebuk Atap@KTA ini..
    Itulah bila berkhianat.
    Pasti Allah akan tutup hati-hati mereka dgn kecelaruan.
    Berbagai program dirancang menjadi bahan cemuhan.
    Termasuk bsh utk makcik kiah yg tidak mencapai sasaran.
    Masih ramai yg tak sentuh makanan 2-3 hari.
    Masih ramai yg resah memikirkan kehidupan kehadapan.
    Yg patut diberi bantuan tak cukup.
    Yg tak patut diberi bantuan bergembira.

    Apapun ....
    Balik lah kepangkal jalan.
    Utk Allah ganti bala ini dgn kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan orang yang kecewa dan syok sendiri hahaha

      Padam
    2. Apa yg budak ni merepek ni?

      Padam
    3. Tukar lah nama kamu tu. Bodoh nak mampus. Barua DAP babi.

      Padam
    4. Masa ph jadi kerajaan apa yang rakyat dapat. Minyak Turun 5sen pas tu naik 20sen.. Sampai kerajaan PN ambil Alih. Minyak Turun Sampai sekarang tidak naik2.Itu yang buat depa sakit hati. Sebab kerajaan PN. Pandai tadbir melayasia. Rakyat pun terasa selesa dengan harga minyak sekarang. Dap mula lah buat fitnah berbagai bagai. Orang bodoh aja yang percaya.

      Padam
  4. Anwar x payah sibuk..awak bukan lg kerajaan..masa dah berlalu..biar pm yidin buat kerja bersama BN,PAS,BERSATU DAN MCA DAN MIC lain2 yg dlm blok kejaan..buat masa la pm yidin dah buat terbaik..kamisuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila mereka telah disucikan.
      - menteri kereta terbang.
      - menteri semb....
      - mak lampir.
      - perogol amah
      - penembak bab..
      - yb takut hilang exco
      ( hasnul)

      Noted.
      YB lompat parti haram gajinya bagi anak bini makan.
      (ulama pas)

      Walaupun kerajaan pengkhianat nasional ini berdiri tanpa manifesto.

      Maka adalah terbaik menyelesai kan bbrapa tuntutan & janji pemimpin umno pas pada kerajaan dulu dilaksanakan.

      - jgn simpan kes azmin.
      Masa anwar, syaifol mengaku diliwat & membuat laporan polis..
      Haziq pun sama..
      Jadi kenapa anwar boleh didakwa...
      Azmin tidak.

      - segera kes adib.
      - dakwa perogol amah.
      - jgn lulus uec.
      - mansuhkan sekolah vernakular (jenis kebangsaan)
      - laksanakan gst.
      - hapus tol.
      - YB umno pas istiharkan harta.
      - siarkan siaran lansung perbicaraan najib dimahkamah.
      - membawa kes terowong LGE.
      - menyiasat & mendakwa penjualan aset TH & Khazanah.
      - Menyiasat & mendakwa kekayaan keluarga Tun.

      Sekarang dah jadi kerajaan.

      Laksanakanlah.

      Bercakap mudah.
      Laksanakan belum pasti.

      Ingat menteri pas@takiyudin yg jaga kementerian uu.
      Harapan yg berpanjangan.
      Jangan sucikan pula pemimpin PN yg sedang disiasat & dibicarakan.
      - kes duit yayasan@zahid.
      - kes permit@bayaran levi@zahid.
      - kes src@najib.
      - kes 1mdb@najib.
      - kes solar@rosmah.
      - kes bung mokhtar.
      - kes ku nan.
      - kes nasarudin@pas.
      - kes pas terima duit umno
      - kes hadi cautim SR.
      - kes mazlan@1mdb.
      - kes shahril samad@1mdb.
      - kes pkpz@mca.
      - kes perwaja.
      - kes maika holding@mic

      Ingat.
      Rakyat Kerajaan Tebuk atap boleh lah ditipu@dikhianati.

      Tapi negara luar tidak.
      Mereka memperhatikan kita@malaysia

      Cukuplah kita dimalukan dgn hanya 1% saja negara luar yg iktiraf kerajaan pengkhianat nasional .

      Itu belum lagi istilah-istilah bodoh dari pasukan menteri khianat.
      - air suam.
      -doremon.
      -borang balik kampung.
      - dron.
      - makcik kiah.
      - tik tok.
      - gunting rambut@dalam lipatan.

      Yg paling hebat..
      Fitnah besar seorang ulama pas kepada anwar & amanah.

      🙈🙈🙈🙈🙈🙈

      Padam
    2. Itulah kerja macai2 ph. Menghabis dan membazirkan duit untuk memfitnah orang lain.

      Padam
    3. Kenapa peyokong ph slalu kata kerajaan pn ni tebuk ataplah pengkianat lah.rata nya melayu dn Islam pula.tak Salah pun, mcm orng bersalin tk boleh nomar bersalin bedah pun ok je lgi cerdik n pandai,yg pnting slamat dri
      bngsa dap.

      Padam
  5. Yang kau orang fitnah pas terima 90 juta tu tanpa bukti sampai sekarang tak ada bukti tunjukan bukti kal\u marah jangan fitnah orang kena batang hidung sendiri tahu pulak marah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aris muluk hanyalah spesis dogpig yang mula datang menyalak dalam MR. Yang diulang ulang tulis hanyalah berita berita hancing tanpa fakta. Puak puak hancing hanyalah pandai reka bermacam macam ayat dan slogan.. Tempoh 22 bulan pakatan hancur harapan semua jadi sampah ...ekonomi, politik, sosial dan lain lain semua tak perform dan nasib baik ph lingkup awal sebelum rakyat kasi undi NCR dalam pru 15.. hahaha

      Padam
    2. Aris Muluk cakap pasal dosa pahala tapi diri sendiri pengkhianat menyokong kerajaan yang menipu manifesto. Mahu jadi hamba kpd Dog And Pig.

      Padam
  6. TAJUL MULUK
    Tahukan Anda 13 Juta Rakyat Malaysia yang layak mengundi tak mengundi PH pada PRU-14
    Semasa PRU-14, hanya 12 juta rakyat Malaysia mengundi daripada 15 juta pengundi berdaftar. Kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi tidak mendaftar untuk mengundi. Oleh itu, sejumlah 6.5 juta rakyat Malaysia yang boleh mengundi tidak mengundi (Tidak Mengundi + Tidak daftar).

    Daripada 15 juta pengundi berdaftar atau 18.5 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dalam PRU14, hanya 5.5 juta mengundi Pakatan Harapan. Dalam erti kata lain, 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi TIDAK mengundi Pakatan Harapan (PH).

    BalasPadam
  7. Arif Muluk kenapa cibuk dan galak benar menyalak. Masa 22 bulan PH merintah kenapa tak dakwa semua yang kau sebut tadi.Nampak sangat bodoh.Tkah sebuat kerajaan pintu belakang lag,puak PH nuar dan atuk duk berebut jawatan PM.Masa 22 bulan PH merintah, ada kau menyalak apabila Isl;am dihina,raja dihin a dan Melayu dihina oleh DAP?TIADA.Kencing lebih.
    Syarat jad penyokong PH ialah BODOH

    BalasPadam
  8. Arif muluk tu bkn melayu dan bukan islam. Nama je melayu.

    BalasPadam
  9. Biarlah Pm buat kerja
    Allah maha tahu siapa yang Dia pilih akan diberi kemampuan untuk menguruskan amanahNya..

    BalasPadam
  10. Parti Kerajaan dan parti pehak pembangkang harus berkerjasama fokus memberi tumpuan pada masalah yang di hadapi rakyat marhaean ketika ini.Ketepi kan ideologi politik masing2 dulu..terutama PKP tahap 1,2,3 dah hampir 1 bulan. Permasalahan rakyat ketika ini soal menerus kan kehidupan tanpa kerja ! Saya harap kerajaan fikir kan macamana menyelesai masalah ini dgn segera . Cari alternatif yg betul2 boleh menolong rakyat . Jika di biar kan terlampau lama maka berlaku ketidakpuasan rakyat malaysia .Segera kan turun padang berjumpa dengan rakyat secara dekat. Ini dapat mengatahui lebih mendalam apa masalah yg di hadapi rakyat ketika ini.

    BalasPadam
  11. Dalam dunia ini tetap ada kalangan orang yang sombong.Sombongnya sehingga mahu mengangkat diri sendiri dan merasa dia sangat bijak.Kadang-kadang tidak dapat mengawal diri.Ada juga dari kalangan yang berakal dan bijak,tetapi bersifat sombong dan degil kerana berlagak dia tahu segala-galanya.Apabila dia terdesak hadapi bahaya yang tiada penyelamat,lalu fitrahnya percaya kepada Tuhan dan berdoa,namun setelah selamat,dia kembali sombong lagi.Kalangan mereka menolak halal dan haram dan mereka ini sedia menyembah"TOKONG"...yang wajahnya sangat buruk dan memperhambakan diri mereka kepada tamadun yang berkonsepkan kezaliman.

    BalasPadam
  12. Dsai ni ade masalah gile meroyan.. Mcm dia pulak yg PM8.... Sekejap bangkang.. Sekejap sokong pulak.... Jiwa kacau dsai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarlah dsai nak bagi pendapat tak salah pun, sedangkan najib kes mahkamah keliling perutpun boleh bagi pendapat,inikan pula dsai, tak salah, soal niat tu urusan tuhan.

      Padam
  13. Minda rakyat ni memang suka buat fitnah yer , bende x De ,diade adekan, ini lah sifat syaitan SUKE buat provokasi bangang , spekulasi tanpa fakta , blog macam ni x patut wujud pon ,memecah belahkan semua pihak , ��
    Orang sibuk bincang pasal covid 19 , die buat fitnah bodoh dekat orang lain , jujur aq ckp aq ni bukan orang politik , tapi makin lame aq usya blog KO ni , makin bangang penulisan KO , asik menunjukkan kebencian KO kat sesetengah individu, kalau benci sangat x payah lah menfitnah die , baik KO ludah jer die , yelah kan sifat pon dah x macam orang ��, aq x tahu lah sape yg tulis blog ni , tapi aq doakan kau Kene musibah atau difitnah oleh orang lain , macam ape yg KO buat kat orang yg kau benci ......amin

    BalasPadam
  14. Tk habis2 berpolitik,bersyukur lah dgn apa yg ada sekarang...Pm8 setakat ni disukai ramai,so support la sudah sudah lah berkelahi sesama sendiri..tkde faedah nya,buat dosa kering je...ingat Allah dan bersyukur jgn keruh kan lg keadaan ikut ajaran Islam tu yg pting bekal mati kita semua.. Allahuakbar...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.