Header Ads

Header ADS

Bagi Anwar Satu ‘jenayah’ lantik MP terajui GLC jika PN, tapi semasa PH tak apa!


Malas nak ulas, baca sendiri apa Malaysiakini beritakan. Malaysiakini dalam beritanya semua mengenai kebaikan dan kehebatan PH...
---

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Perikatan Nasional untuk melantik semua ahli parlimennya menjadi pengerusi agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai satu “jenayah” sedangkan rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.

"Kamu bercakap tentang menolong rakyat miskin, kamu bercakap tentang kesulitan ekonomi (tetapi) pada masa yang sama, kamu bercakap tentang melindungi kepentingan ahli parlimen dan kroni kamu. Ini perlu dihentikan.

"Saya berpendapat bahawa (jika kamu) mempunyai seorang dua ahli parlimen dengan kelayakan luar biasa (untuk memimpin GLC), maka okay boleh dipertimbangkan. Saya tidak fikir ia menjadi satu isu utama.

"Tetapi jika kamu jadikannya sebagai peraturan, setiap ahli parlimen akan diberi jawatan tambahan, ganjaran tambahan sedangkan rakyat sedang bergelut untuk mencari makan - ini bagi saya, adalah satu jenayah, justeru kita akan menentang," katanya semasa ditanya pada persidangan akhbar dalam talian pagi ini.

Pada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan berkata, beliau difahamkan semua anggota parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab mengendalikan GLC.

Katanya, mereka yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC.

"MP PAS ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang jadi duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

"Tinggal sembilan orang (lagi). Alhamdulillah saya difahamkan semua MP kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC ,” kata Takiyuddin.



MR :  Tak ulas pun orang dah tahu Anwar sekarang ni meroyan...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Cian pm8,pm9,pm10.berilah peluang untuknye berkata-kata.Dah tiada isu nak kata.cekup jela yg mana-mana bersisa untuk jadi modal.Lagipun rakyat tak marah kat PN la ni sebab banyak duit turun,bukn macam Ph dulu

    BalasPadam
  2. Berfikir dgn fikiran yg positif!!!!

    BalasPadam
  3. Utusan Malaysia akan hidup balik. Malaysiakini patutnya hancur.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.