Walaupun majlis perasmian biasa ada potong reben, tapi jangan buat lagilah!
Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata dia tidak tahu perlu memotong reben ketika menerima jemputan Majlis Daerah Macang untuk merasmikan sebuah program.
Mohamed Fadzli yang juga Adun Temangan dihubungi Malaysiakini bagi mendapatkan ulasan selepas gambarnya merasmikan program berkenaan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tular dan mendapat kritikan pengguna media sosial.
“Itu saya diminta untuk merasmikan program 'Ruang Nyah Kuman Khas' di Pasar Besar Machang oleh Majlis Daerah Machang dan ia adalah alat pertama digunakan dan saya juga wakil rakyat di sana.
“Saya juga tidak tahu awalnya ada potong reben. Perasmian biasalah kalau ada (acara potong reben).
“Cuma bila majlis itu ramai biasalah kita penjarakan sosial tak dapat buat sedikit sebab orang juga dah mula dekat-dekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Gambar Mohamed Fadzli yang memotong reben semalam bersama beberapa individu yang dilihat tidak menjaga penjarakan sosial mengundang reaksi pelbagai pihak.
“Jangan buat majlis potong reben benda-benda remeh atau terlalu gian untuk mempromosikan diri,” katanya, dipercayai ditujukan buat Mohamed Fadzli.
Ditanya susulan teguran Najib, Mohamed Fadzli menjelaskan bahawa beliau tidak ingin mengulas lanjut perkara tersebut.
“Saya juga tak mahu komen lanjut sebab saya anggap perkara ini biasa,” katanya lagi.
MR : Nampaknya ada lagi pimpinan PAS tak belajar daripada kesilapan PH dan tak memahami situasi dan keadaan. Tolonglah belajar baiki diri dan parti!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi
BalasPadamAgen Sepak Bola Online
bonus besar Sepak Bola
Bandar judi Sepak Bola
Agen Sbobet Judi Bola
Judi Sepak Bola Terbaik
Agen Judi Online
Bandar judi ikan
Agen sabung ayam
judi sabung ayam
judi tembak Ikan
Agenjudi tembak ikan terbaik