Header Ads

Header ADS

Najib tegur saluran kerajaan jadi tempat 'troll', propaganda


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak melakukan beberapa perkara, dengan mengaitkannya dengan kerajaan PH sebelum ini.

Antaranya ialah tidak menggunakan saluran rasmi kerajaan, termasuk laman Facebook, untuk tujuan 'troll' dan propaganda.

"Jangan jadi macam rejim 'gagalkrasi' PH. Jangan sering buat u-turn.

"Jangan gunakan saluran rasmi kerajaan termasuk laman Facebook untuk troll atau bermain propaganda," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, tetapi dibuat sehari selepas akaun rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) menyiarkan pujian Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19 dan secara tidak langsung membandingkannya dengan pentadbiran PH.

"Menteri kesihatan zaman PN tak banyak cakap, tak banyak cerita. Awalan hari pertama masuk kerja terus sekat pelancong Iran, Itali dan Korea.

"Terus memastikan hubungan baik dengan China bersama Kementerian Luar bagi membantu bekalan sumbangan peralatan di Malaysia.

"So nampak tak beza? ...Apa yang penting ada sense of urgency. Bukannya blurr," kata hantaran itu.


Hantaran itu telah dipadam tidak lama kemudian selepas mengundang reaksi negatif, antaranya disifatkan sebagai tidak profesional, tetapi tangkap layarnya terus tular di laman sosial itu.

Ia merupakan olahan daripada kenyataan asal yang disiarkan di halaman Facebook 'Friends of Dr Adham Baba' semalam. 

Hantaran asal itu turut mengkritik "menteri kesihatan zaman Pakatan Harapan", dipercayai merujuk kepada Dr Dzulkefly Ahmad.
 Pegawai komunikasi KKM memberitahu media menerusi Whatsapp bahawa hantaran itu disebabkan kesilapan teknikal ekoran "kesilapan log masuk".

Bagaimanapun, tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsaap yang mendakwa hantaran itu dibuat atas arahan seorang pegawai kanan Adham, telah disebarkan.

'Rakyat perlu maklumat, bukan ideologi politik'

KKM setakat ini tidak memberi respons terhadap soalan berkenaan perkara itu.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan memuat naik kenyataan seumpama itu sebagai tidak wajar, apatah lagi berkaitan krisis pandemik Covid-19 yang serius.
Presidennya Adnan Mat berkata, apa yang diperlukan rakyat pada masa ini adalah hebahan dan maklumat mengenai situasi semasa wabak itu tanpa melibatkan ideologi politik.

"Saluran rasmi kerajaan perlu menyampaikan maklumat yang merentasi semangat politik kepartian.
"Pegawai yang dilantik atau mempunyai akses terhadap penggunaan medium komunikasi rasmi kerajaan perlu kekal berkecuali dan profesional dalam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya lagi.



MR :  Tolong jangan buat perangai macam kerajaan PH yang lalu!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.