Header Ads

Header ADS

Bakul makanan RM35 sumbangan NGO, bukan JKM - Ismail Sabri


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan.

Sebelum ini, wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu

“Yang dilaporkan ada (bakul makanan bernilai) RM35 sahaja, ada individu tertentu buat posting di media sosial.

“Pagi tadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (Rina Harun) dah maklum kepada mesyuarat (bahawa) pusat-pusat pengumpulan makanan juga terima makanan (dan sumbangan) dari NGO dan sebagainya.



“Tetapi nilai dan kos sumbangan tidak ditetapkan, boleh jadi RM30, RM50 RM70, RM100, RM200 itu terserah. Menteri juga maklumkan, itu bukan bakul dari JKM,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

Pada 17 April dilaporkan, kira-kira 1.1 juta isi rumah seluruh negara mendapat manfaat daripada agihan bantuan bakul makanan daripada JKM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JKM memaklumkan agihan bantuan keperluan makanan itu melibatkan 279,223 penerima yang terkesan dengan PKP.

Walau bagaimanapun, Cha, semalam mendakwa bantuan makanan Covid-19 kerajaan untuk golongan 40 peratus berpendapatan paling rendah (B40) tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Katanya, sebahagian daripada 1,000 bungkusan terdapat hanya tujuh barangan, iaitu lima kilo beras, sekilo minyak masak, satu paket bihun kering, satu paket biskut teh dan kopi segera.

Sementara itu, Bernama melaporkan ketika ditanya mengenai langkah diambil kerajaan berhubung kes positif Covid-19 di Selangor Mansion yang masih mencatatkan jumlah tinggi, Ismail Sabri berkata perkara itu berada dalam kawalan memandangkan kawasan berkenaan juga telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



"Perkara ini akan kita bincangkan sebab akhirnya Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberikan nasihat kepada kita sebelum membuat keputusan. Jika perlu disambung (tempoh PKPD) kerana ada kenaikan (kes positif Covid-19) saya akan umumkan," katanya.

Berhubung respons kedutaan luar berikutan ramai rakyat asing yang berada di kawasan itu, beliau berkata Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan berkaitan bagi memastikan kebajikan rakyat mereka terjaga.

Ditanya sama ada kerajaan mempertimbang untuk membuka kaunter atau kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan pencarum yang tidak tahu menggunakan kemudahan dalam talian untuk mengeluarkan wang, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan turut dihadiri wakil Kementerian Kewangan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

    Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan.

    Sebelum ini, wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu.

    DAP, RBA dan FITNAH BERPISAH TIADA.KALAU TAK FITNAH MEREKA TAK BOLEH TIDUR MALAM. SEHARI TAK BUAT FITNAH RASA BERSALAH SANGAT BAGI DAP DAN RBA.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.