Pendakwah Ebit Lew henti salur bantuan ketika PKP selepas dipanggil polis
PETALING JAYA: Pendakwah bebas Ebit Lew menghentikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, tetapi beliau akan terus membantu golongan tidak berkemampuan dengan memindahkan wang ke akaun mereka.
Katanya, beliau berbuat demikian selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung laporan beberapa pihak mempertikaikan bantuannya yang tersebar di media sosial.
“Saya minta maaf pada semua. Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.
“Saya cuma akan ‘transfer’ duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah. Jangan ‘tag’ saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu,” tulisnya di Facebook hari ini.
Lew sebelum ini aktif membantu individu memerlukan sejak PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu, termasuk memberikan pelbagai sumbangan kepada petugas barisan depan.
Beliau turut berkongsi catatan di Facebook mengenai kunjungannya ke sebuah rumah usang dan kotor dengan seorang lelaki warga emas terlantar, tetapi ada netizen yang mempersoalkan peranan pihak berkuasa seperti kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah serta masyarakat sekeliling untuk membantu keluarga itu.
Mengulas kehadirannya ke Bukit Aman, Lew berkata, beliau dihubungi polis semalam dan air matanya menitis ketika memberikan keterangan kerana mengenangkan nasib yang menimpanya.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa, saya minta maaf. Saya memang tidak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih 100 orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tidak salahkan sesiapa.”
Katanya, beliau menggunakan wang sendiri sebanyak RM1 juta untuk membantu golongan memerlukan dan petugas barisan depan.
“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini sudah berjuta habis.
“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan, termasuk petugas barisan hadapan.”
MR : Bulan puasa ni ada juga muslim jadi 'syaitan'
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Sejak ustaz mai bantu negeri pakatan haramjadah kedah nie la masalah mula timbul..syaitn sini bnyk..duk bertahta x turun2
BalasPadamBersabar ustaz.Usaha yang murni sememangnya banyak halangan.Saya tabik ustaz....semoga Allah memberi hidayah kpd mereka2 yang menghalang.
BalasPadamSeburuk-buruk syaitan, ia tidak pernah pun mengatakan Allah tiada, dan ia sangat takut pada Allah. Kamu tengok LGBT, kamu tengok Sajat. Syaitan pun takkan berani masuk Mekah, tapi manusia macam Sajat berani masuk Mekah berani buat kerja tak senonoh dekat Kaabah.
BalasPadamManusia atheist sangatlah berlambak dalam dunia ni terutama sekali yg ikut DAP. Cina DAP kalau bukan Evangelist, mereka ramai yg atheist. Atheist ni berani kata kat kita "There is no God, Religion is a waste of time".
Syaitan pun tak berani buat cam tu, korang tahu tak...
Syaitan pun mengaku Allah tu Tuhan.
Manusia seperti ini lebih buruk daripada Syaitan. Itu sebab layak sangat masuk neraka.
Lebih lebih lagi geng Munafik. Geng yg janji macam-macam tapi satu pun tak tertunai. Ada yg janji harapan coin, pelaburan Oman, nak gadai Kampung Melayu kat Cina kapiaq pun ada.
Manusia jenis ni lagi bahaya dari syaitan.
Ass'kum ustaz Ebit. Allah swt melihat & tahu apa yg ada dlm hati ustaz. Ustaz jgnlah sedih kerana ini adalah sebahagian drpd ujian Allah utk ustaz. InsyaAllah tentu ada hikmah disebaliknya. Saya doakan ustaz sekeluarga dijauhkan dr segala penyakit & akan dipermudahkan olih Allah swt segala urusan. Amiin.
BalasPadam