Header Ads

ads header

Flash News

Beberapa Jam Umum Menang, Korban Di Kanada Cecah 3,000


TRENTON – Kanada melalui detik muram semalam apabila korban akibat COVID-19 melebihi 3,000 orang, lapor agensi berita Anadolu.

Pegawai melaporkan COVID-19 telah meragut 3,054 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 51,230 manakala 20,100 pesakit sembuh. 

Berita itu muncul hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau mengatakan Kanada sudah menang dalam perjuangan melawan virus itu, tetapi penjarakan sosial, duduk di rumah dan langkah-langkah pencegahan lain mesti diteruskan.

Jumlah kematian meningkat 3,000 sehari selepas Trudeau dan 10 perdana menteri wilayah, mengumumkan rancangan yang mengandungi tujuh langkah yang mesti dipenuhi, sebelum membuka semula sekolah dan perniagaan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan