Header Ads

ads header

Flash News

Berlakon perjuang penjawat awam, walhal memusuhi


YANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara dari DAP (25 Oktober 2016).

Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya Kerk Chee Yee, EXCO Kerajaan Melaka dari DAP (18 September 2018).

Yang menegaskan mengenai keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dari DAP (17 April 2019).

Yang mendesak Kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP (19 November 2019).

Yang menuduh penjawat awam menjadi ‘deep state’ dan mensabotaj Kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, PAN dan PKR (sepanjang 2019, khususnya November).

Yang memindah dan menyejuk bekukan (‘cold storage’) penjawat-penjawat awam utama Kerajaan, termasuk Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, ialah Kerajaan PH (2018 dan 2019).

Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dari DAP (28 Mac 2020).

Alih-alih yang mendesak Kerajaan Perikatan Nasional supaya memperkasakan perkhidmatan awam dengan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada penjawat awam ialah Majlis Setiausaha PH (7 April 2020).

Tahniahlah kepada PH atas lakonan yang paling melucukan ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
– HARAKAHDAILY 8/4/2020



MR :  Pemimpinan PH lebih politik daripada kemanusian..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sekarang ni PH tiada modal untuk kritik PN. Dulu PH kata negara hampir bangkrup,tiada duit dan dijuallambaknye harta negara. PN memerintah melakukan puisngan 360 darjah, memberi peruntukan kebajikan kepada rakyat sempena Covid19.
    Keadaan i i menimbulkan sakit hati dan kecewa puak PH. Tiada lagi modal nak bangkitkan sentimen benci kepada PN.

    BalasPadam
  2. Ph nie abjing bodoh,,,gong2 sepanjang hayat,,,,bodoh jgk sape yg menyokong,,,

    BalasPadam
  3. Kita masih ingat lagi cadangan parti kafir harbi DAP mahu mengurangkan bilangan kakitangan awam yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu Islam.

    Malangnya sebilangan pemimpin Melayu liberal menyokong cadangan DAP ini. Mereka lupa mereka sendiri pun berbangsa Melayu. Amat menyedihkan.

    Bukankah mereka ini pengkhianat bangsa dan negara @ Musang berbulu ayam?

    BalasPadam
  4. Bro Tanpa nama, cadangan apa bro? Mereka dah sekat pun. Ramai doktor pakar yg sepatutnya start bulan Ogos tahun 2018 khidmat mereka di hentikan serta merta. Katanya ia berkaitan dengan lantikan politik. Ada yg kena downgrade gila babas punya.

    BalasPadam