Header Ads

ads header

Flash News

Pesuruhjaya polis Sarawak positif Covid-19


Ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atas Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail mendapati beliau adalah positif.

Aidi memberitahu bahawa beliau ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang semalam selepas mengalami sakit tekak.

Hospital itu kemudian menelefonnya malam semalam untuk memaklumkan kepadanya bahawa beliau perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

"Saya kembali ke HUS malam tadi dan telah ditahan sejak itu," katanya.

Aidi berkata, isterinya dan anggota yang bekerja dengannya di ibu pejabat kontinjen polis Sarawak, termasuk mereka di pejabatnya, telah diarahkan supaya menjalani kuarantin sendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 mereka.


MR :  Semoga Allah semalatkan beliau..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan