Header Ads

ads header

Flash News

Covid-19 malapetaka baharu dunia dengan 7000 kematian sehari


ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan lebih 7,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 125,000.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 25,000.

Itali masih di kedudukan kedua dengan 21,000 kematian, diikuti Sepanyol sebanyak 18,000 korban.
Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 15,000 dan 12,000 kematian.

Namun, angka korban di United Kingdom dilaporkan tidak memberi gambaran penuh kerana ia tidak mengambil kira kesemua kematian di pusat jagaan warga emas.

MR :  Sangat mudah Allah nak mati manusia... sekejap aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan