Header Ads

ads header

Flash News

Dulu buat superimpose gambar Najib & Altantuya, sekarang kena atas batang baharu mengerti


Semua orang tahu PKR dan PH kaki memutar belit isu, fakta dan kaki buat poster atau gambar  superimpose. Kita tak lupa bagaimana Tian Chua mengaku dia buat superimpose gambar Najib & Altantuya nak menguatkan tuduhan kononnya anak Altantuya itu anak luar nika Najib.


 Akhirnya bila engkau bergaduh sesama sendiri engkau tahu pula cakap yang buat tu "berakal sempit". Dulu semasa engkau buat fitnah kepada Najib akal engkau masa itu macam mana?

Itulah hukum karma.
Engkau bukan Islam tak terlepas sumpah latnah!



....

'Berita palsu direka oleh akal sempit'
Naib Presiden PKR Tian Chua membidas dakwaan yang tular di meia sosial mengatakan beliau beberapa pemimpin lain disenaraikan dalam kepimpinan sebuah parti baru.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik dakwaan yang dimaksudkan, Tian Chua dipercayai merujuk imej yang memaparkan dirinya dan bekas pemimpin PKR Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dalam carta grafik menggambarkan mereka sebagai barisan pemimpin parti yang dinamakan sebagai "Parti Negara Malaysia".

"Saya sebenarnya tidak peduli hal-hal remeh sedemikian. Saya patuh tegar kepada perintah berkurung (perintah kawalan pergerakan).

"Sepanjang PKP saya telah menjauhi segala aktiviti awam. Saya juga tidak berminat respons kepada provokasi begitu yang bersifat kebudak-budakan.

"Namun ramai kawan-kawan bertanya dan banyak sangat panggilan telefon telah menggangu ketenangan hidup saya. Maka saya secara ringkas menyatakan penolakan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bekas ahli parlimen Batu itu berkata, "serangan kotor" itu didalangi segelintir anggota PKR yang menurutnya terlalu bosan dan tidak tahu menggunakan masa lapang di rumah untuk buat perkara yang boleh memanafaatkan rakyat dan ekonomi negara.

"Ini bukan kali pertama muslihat seumpama ini dilaksanakan. Taktik ini pernah dilancar semasa permilihan parti lalu (2018), kemudian diulang lagi semasa Kongres Tahunan (2019).

"Trick (taktik) sama ini diguna pakai berkali-kali dengan tujuan menaburkan benih syak wasangka, dan seterusnya memecah-belahkan parti.

"Jelas bahawa kumpulan yang rekakan pembohongan mempunyai IQ rendah kerana menganggap semua anggota parti boleh diperbodohkan," katanya.

Selain Tian Chua, Azmin dan Zuraida, Adun Rawang Gan Pei Nei juga dipaparkan pada imej berkenaan.

Menafikan dakwaan itu, Gan berkata: "Ini berita palsu. Saya setia dengan parti dan tak akan tinddalkan PKR".

Sementara itu, Tian Chua dalam kenyataannya hari ini turut menyifatkan bahawa tindakan "berakal sempit" itu hanya akan menghaki lagi sokongan rakyat terhadap PKR.

"Buatlah kerja-kerja yang positif dan membina. Jika tidak tahu bagaimana berusaha dan berjasa, biar duduk sahaja di rumah, itu pun tindakan yang berkesan membawa faedah kepada masyarakat," katanya.

Tian Chua berdepan tekanan dalam partinya sejak dikaitkan dengan kumpulan Azmin.

Kumpulan Azmin dilihat sebagai dalang di sebalik 'Langkah Sheraton' yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka bekerjasama dengan Bersatu untuk bergabung dengan Umno dan PAS membentuk pentadbiran Perikatan Nasional.



MR :  Macai PH mana ada akal, akal dia orang nak kening rakyat aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan