Header Ads

ads header

Flash News

Gambar Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019 ditular untuk fitnah ATM


Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan tularan audio yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukul individu yang keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tindakan ini telah menimbulkan kegusaran awam dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan.

Tindakan tegas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan kepada individu yang membuat penularan berita palsu seperti ini. Jangan sebar berita palsu. Lakukan tanggungjawab anda.

----

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh orang awam ketika melaksanakan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

Panglima ATM Jen Affendi Buang menegaskan dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsu dan mereka yang menyebarkannya boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.




“Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur semalam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan