Header Ads

Header ADS

Tamak beli roti akhirnya buang ke tong sampah


PETALING JAYA, 1 Apr — Tidak dinafikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu menyaksikan permintaan tinggi terhadap produk roti.

Rata-rata orang ramai berpusu ke pasar raya mendapatkan produk berkenaan sehingga memaksa syarikat pengeluar roti meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan tindakan segelintir individu membeli roti dengan kuantiti banyak akhirnya menyebabkan berlaku pembaziran.

Seorang pengguna Twitter bernama Zambri Mohd Isa antara menjadi saksi betapa roti yang mendapat permintaan tinggi itu ditemui dibuang oleh pihak tertentu kerana mencapai tempoh tarikh luput.

“Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan orang lain tidak dapat merasa,” tulis Zambri dengan mengepil foto dua bungkus roti dalam sebuah tong sampah awam.

Foto dimuat naik Zambri lantas mendapat maklum balas ramai yang kecewa dengan sikap individu melakukan pembelian panik sehingga mewujudkan pula pembaziran.

“Roti itu luput tiga atau emapt hari je. Pergi beli banyak-banyak konon nak buat stok kat rumah.

“Gunalah akal. Roti itu untuk makan bukan roti pakai buang,” kata Halaherin.

Sementara itu, terdapat juga warga maya mencadangkanroti yang telah melepasi tarikh luput dimanfaatkan kepada alam sekitar.

“Buat baja bungalah roti yang sudah luput tarikh itu jangan membazir. Jika kita tak kongsi dekat manusia kita boleh (juga) kongsi dengan tumbuhan,” tegas Syirahrara Rose.


MR :  Ada manusia penting perut dan nafsu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Aku sudah lama tidak dapat makan roti kerana manusia yang bersaudara dengan syaitan, bodoh sombong, tamak haloba dan pentingkan diri sendiri membeli roti dalam kuantiti yang banyak melampaui keperluan diri sendiri. Akhirnya pembaziran berlaku.

    Spesies manusia tamak haloba ini sebaik-baiknya hidup dalam hutan Amazon berkawan dengan monyet supaya tidak menyusahkan orang ramai.

    BalasPadam
  2. Bersangka baik.. ini namanya pembelian panik.. panik takut susah nak dapat stock.. kalau membazir kita akan dapati benda tu akan dilakukan berulang kali oleh orang yg sama.. kalau setakat beli dan buang sekali jgn terus buat kesimpulan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.