Header Ads

ads header

Flash News

Gelar 'polis bodoh', suri rumah didenda RM6,000


KUANTAN - Akibat melemparkan kata-kata 'bodoh polis bodoh' kepada anggota polis menerusi rakaman video yang di muat naik dalam laman sosial Instagram, seorang suri rumah didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Hukuman itu diperintahkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas tertuduh, Aini Syanina Ismail, 23, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang tinggal di Felda Lepar di sini mengaku telah merakamkan video terbabit dengan menyebut perkataan kurang sopan itu dan memuat naik dalam Instagram miliknya.

Aini Syanina mengaku mempunyai alasan mengeluarkan perkataan tersebut terhadap anggota polis, Inspektor Faizal Basri yang sedang menjalankan tugas rasminya di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, jam 4.30 pagi pada 12 Januari lalu.

Dia didapati bersalah mengikuti Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, penjara atau kedua-duanya sekali.

Aini Syanina yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah meringankan hukuman kerana dia tidak bekerja, manakala suaminya hanya pekerja ladang dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Ker Oi E.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    BalasPadam