Header Ads

Header ADS

Pergerakan tak boleh lebih 10km dari rumah


Menurut warta kerajaan, individu yang meninggalkan rumah untuk membeli barangan runcit, makanan, atau bagi mendapatkan rawatan perubatan dihadkan untuk perjalanan dalam radius 10km dari rumah mereka.

Peraturan itu terpakai di seluruh negara, memandangkan warta berkenaan terikat dengan perintah lain yang mengisytiharkan semua negeri sebagai kawasan jangkitan.

"Untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok duet, pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya, dan dia tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain," kata warta itu.

Ketetapan sama dikenakan untuk individu yang keluar rumah untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Warta itu adalah kemas kini kepada yang sebelumnya untuk menentukan peraturan untuk perintah kawalan pergerakan.

Ia berkuat kuasa mulai 1 April hingga 14 April.

Pihak yang melanggar peraturan itu boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.