Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin pengerusi baru lembaga pengarah Khazanah


PETALING JAYA: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad sebagai pengerusi.

Menteri Kewangan Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dilantik ke lembaga itu sebagai ahli.

“Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohammed Azlan Hashim, salah seorang daripada 9 ahli lembaga pengarah yang meletakkan jawatan pada Julai 2018 dilantik sebagai ahli.

Peletakan jawatan Azlan dan 8 lain beberapa minggu selepas perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah yang didakwa menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya, iaitu untuk membantu Bumiputera.

Ia turut mengumumkan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah, berkuat kuasa 25 Mac, 2020.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai pengerusi,” menurut Khazanah.

Sebelum ini desakan dari pelbagai pihak agar lantikan-lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) melepaskan jawatan masing-masing memandangkan perubahan pentadbiran, namun majoriti dari mereka hanya bertindak mendiamkan diri termasuk Mahathir. – Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pls bring back TS Azman Mokhtar into the board

    BalasPadam