Header Ads

ads header

Flash News

Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah


PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Dalam satu kenyataaan Pejabat Perdana Menteri berkata, lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Hadi yang merupakan ahli Parlimen Marang adalah bekas naib presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Hadi juga pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.


MR :  Beliau antara yang menjadi pendamai di Selantan Filipina dan Thailand...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Alhamdulillah. TGHH tak minta jawatan tetapi diberi jawatan dan tanggungjawab. Meminta jawatan tidak akan ditolong oleh Allah dalam urusan yang berkaitan. Diberi tanggungjawab dan memohon Allah memberi petunjuk dan panduan itulah sebaik-baik tindakan.Semoga Allah memberkati TGHH.

    BalasPadam
  2. Ijazah ori tau wahai puak ph..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... orang memberi kita merasa.

    BalasPadam
  4. Saya tak faham kenapa busuk hati Mujahid Rawa sehinggakan Ayah Chik diberi tugas melaksanakan tanggungjawab dipanggilnya "Tebuk Atas". Semua orang sudah maklum bahawa sewaktu dia jadi Menteri Agama, apabila melakukan lawatan di Cordoba, dia sempat pula menulis warkah kepada seorang janda dengan tujuan untuk menarik perhatian janda yang mempunyai pengaruh dalam kumpulan parti sendiri. Masa yang di peruntukkan melakukan tugas lawatan dihabiskan pula dengan usaha untuk mengarang surat cinta! Bukankah itu satu perbuatan yang bodoh dan khianat?

    BalasPadam