Header Ads

ads header

Flash News

Merokok punca sperma lemah?


KUALA LUMPUR, 2 April — Pasangan yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat dinasihati mengenepikan ego masing-masing dengan menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Seorang individu berkongsi di media sosial betapa penting etiap pasangan melakukan ujian kesuburan bagi mengesan punca masalah dihadapi.

Zaquan Zack memuat naik sekeping foto di Twitter menunjukkan keputusan perubatan seorang lelaki yang mana dikatakan mempunyai masalah kesuburan sperma.

Jelasnya, Lelaki berkenaan juga merupakan seorang perokok tegar selama lebih 20 tahun dan tidak pernah menjalani pemeriksaan kesuburan sejak mendirikan rumahtangga enam tahun yang lalu.

“Dapat keputusan ujian air mani seorang pesakit. Muda, enam tahun kahwin tanpa cahayamata. Isi padu air mani 4.1 liter, ada 120 juta sperma. Tapi hanya 20 juta yang bergerak dan sperma yang normal bentuknya hanya 2 peratus, selain tidak.

“Dalam tempoh enam tahun, hanya isteri bersungguh-sungguh melakukan ujian. Rupanya punca si suami,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial bertanyakan apakah solusi kepada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat memandangkan masih ramai tidak mempunyai pengetahuan luas mengenai perkara itu.

Kata Zaquan, perkara penting adalah setiap pasangan sama ada suami atau isteri perlu terbuka untuk menjalani rawatan selain meninggalkan tabiat buruk seperti merokok yang merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan kesuburan.

“Merokok ialah faktor terbesar yang menyebabkan kualiti sperma menurun sebab kandungan rokok adalah teratogenic kepada sel badan. Kebanyakan lelaki yang ada masalah sperma tidak mempunyai masalah kesihatan lain malah tiada sejarah keluarga tidak subur,” katanya lagi.

Hantaran Zaquan setakat ini mendapat lebih 7,700 tanda ‘suka’ dan diulang kicau sebanyak 11,200 kali.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan