Header Ads

ads header

Flash News

Hari ini sembuh 201, kes baharu 69 dan 2 kematian


Status terkini #COVID19 di Malaysia, 17 April.

Kes baharu 69
Kes keseluruhan 5,251
Kes aktif 2,198

ICU 51 termasuk 26 bantuan alat pernafasan.

Kematian baharu 2 kes
Keseluruhan kematian 86 kes atau 1.64%.

---

PUTRAJAYA: Sebanyak 201 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,967 yang sehingga kini mencecah 3,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 lagi korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 1 semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 86 orang.

Beliau juga berkata sebanyak 69 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 110 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 5,251 orang sehingga kini.

Jumlah jangkitan baru sebanyak 69 hari ini antara yang terendah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 51 orang.

“Daripada jumlah itu 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,198 yang masih dirawat.







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. alhamdulillah...usaha doa dan tawakal pada ALLAH tanpa rasa jemu..sabar dan solat serta redha dgn UJIANNYA.INSHA ALLAH akan dihapuskan dan kembali pada ALLAH menjelang RAMADHAN ALMUBARAK...DOA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA

    BalasPadam