Header Ads

Header ADS

Berkat Sikap Terpuji, Staf Hospital Thailand Tunduk Beri Penghormatan Buat Pesakit Tabligh


Umum sedia tahu bahawa pendemik Covid-19 yang melanda sekitar Asia Tenggara ada antaranya datang daripada kluster jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor.

Jadi, dapat kita lihat ramai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tersebut disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di hospital bagi rawatan.

Namun, cerita-cerita positif berkenaan mereka seakan tidak pernah putus apabila kerap kali dipuji frontliner kerana mereka begitu mengikut peraturan dan menceriakan wad kuarantin dengan solat berjemaah dan bacaan al-Quran.
Tepuk tangan dan beri penghormatan

Di Thailand juga jemaah tabligh yang sudah selesai dari menjalani kuarantin telah diberikan penghargaan apabila kakitangan kesihatan disana beratur dan menepuk tangan apabila jemaah tabligh beransur keluar daripada wad.

Teman sampai naik bas

Video yang dikongsikan oleh salah seorang jemaah tabligh dari Kuala Lumpur dikenali sebagai Ayob Abd Majid ini benar-benar menyebakkan.

Jemaah tersebut telah diiringi sehingga menuju ke bas yang membawa mereka.







Sifat kemuliaan dari Thailand
Susulan daripada perkongsian tersebut, warganet yang melihat video itu mengakui bahawa begitu tersentuh dengan penghargaan yang diberikan oleh hospital di Thailand terhadap jemaah tabligh.

Mereka juga mendoakan agar semua jemaah akan terus terpelihara daripada pendemik ini dan terus sihat seperti sedia kala.


Bangga dengan sikap terpuji mereka


Orang baik, pergi mana pun orang suka



Sumber : Ayob Abd Majid



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.