Header Ads

Header ADS

Surat balas Dr Noor Hisham kepada kanak-kanak 9 tahun jadi tular


KUALA LUMPUR-
“Terima kasih Lara di atas kiriman surat dan rantai tangan itu,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kepada Lara Khadijah McAfee yang berusia 9 tahun.

Beliau yang terharu dengan bingkisan dan penghargaan yang diberikan itu mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan.

Seperti biasa, Dr. Noor Hisham tidak mahu menerima sanjungan itu sendirian sebaliknya menyatakan usaha yang dijalankan sepanjang perang Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.

Malah ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara menghadapi pandemik ini.

Lelaki yang disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menguruskan Covid-19 itu, turut memberi nasihat kepada Lara Khadijah untuk belajar dengan gigih supaya dapat membantu negara kelak.

 


Apa yang menarik, beliau menandatangani surat tersebut sebagai kawan baharu kepada Lara Khadijah.

Terdahulu, murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu telah mengirimkan sepucuk surat penghargaannya kepada Dr. Noor Hisham kerana berjaya memimpin pasukan pengurusan Covid-19 negara.

Surat comel bertulisan tangan turut disertakan sekali dengan seutas rantai tangan Loom Band sebagai tanda persahabatan

Menurut Dr. Noor Hisham, rantai tangan tersebut kini dipakai oleh cucunya dan dia menyukai gelang tersebut. -MalaysiaGazette


Surat yag dihantar oleh kanak-kanak tersebut

Surat yang dibalas oleh Dr Noor Hisham

#sumber





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.