Header Ads

ads header

Flash News

Wanita Kongsi Wajahnya Berubah Jadi Tua Ketika Hamil Anak Ketiga


WAJAH menjadi muda kembali selepas bersalin anak ketiga. Siapa sangka wajah wanita ini tular dalam media sosial gara-gara perubahan hormon ketika hamil anak ketiga atau orang tua dulu-dulu kata ‘pembawakan budak’ sehingga mengejutkan ramai orang.

Perkongsian Nor Sahira yang berdebar berdepan situasi itu turut menceritakan detik dan gambar sepanjang perubahan wajahnya sebelum dan selepas bersalin.

“Muka saya berubah teruk masa mengandung tiga bulan anak ketiga . Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam.

“Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress nak berdepan dengan org ramai,” kongsinya yang mampu mampu senyum namun hatinya hancur lebur.

Alhamdulillah tutur anak jati Kota Tinggi, Johor yang berusia 27 tahun itu, bengkak pada muda dan hidung mulai surut selepas selamat melahirkan cahaya mata.

“Bengkak mula surut, hidung besar mula elok dan kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa.

“Ya! Ramai kata terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek dan saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya,” tulis suri rumah itu lagi.

Bagaimanapun ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur apabila semuanya kembali normal dan yang paling penting, suaminya yang digelar sebagai Pendekar Laut sentiasa memujinya cantik. “Alhamdulilah. Syukur kehadrat Ilahi.

Terima kasih pada suami, Pendekar Laut yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia,” tambahnya dalam perkongsian itu. - Sinar Harian




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan