Header Ads

ads header

Flash News

Helah gantung ves PDRM tidak menjadi!


BALIK PULAU - Tindakan seorang lelaki menggantung ves Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam kereta dipandunya sebagai helah mengaburi pihak berkuasa gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya di Anjung Indah di sini tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang memandu kereta Proton Persona ditahan bersama sejumlah dadah jenis syabu dan pil eramin 5 pada jam 5.50 petang.

Menurutnya, dadah terbabit ditemui dalam beg sandang dan dipercayai untuk pengedaran.

"Ketika menjalankan sekatan jalan raya, anggota bertugas telah menahan suspek yang didapati dalam keadaan cemas. Setelah diperiksa, polis mendapati terdapat ves dan beberapa peralatan PDRM dalam kereta tersebut.

"Selain itu, kita turut menjumpai sejumlah dadah jenis syabu dan pil Eramin 5 yang disimpan dalam beg sandang. Jumlah dadah tersebut belum diketahui, kita akan siasat kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tadi.

Anbalagan berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati kereta tersebut milik saudara suspek yang juga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan sedang menyiasat sama ada saudaranya itu masih berkhidmat atau pun sudah ditamatkan perkhidmatan.

Katanya, kes tersebut merupakan kes kelima melibatkan dadah melalui sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Barat Daya.

"Suspek mempunyai enam rekod dadah dan ujian saringan air kencing akan dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran dan 7 (1)Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: