Header Ads

Header ADS

Polis Perak ambil keterangan exco negeri hadir jamuan di Lenggong esok


IPOH: Polis Perak akan mengambil keterangan seorang anggota exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, petang semalam.

Ketua Polis Perak Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular, esok.

“Polis Perak turut mendapatkan bantuan Bukit Aman untuk merakam percakapan timbalan menteri berkenaan kerana beliau berada di ibu negara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati timbalan menteri itu melakukan tinjauan kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong dalam menghadapi penularan Covid-19 dengan diiringi exco Perak berkenaan yang merupakan pemilik maahad tahfiz terbabit.

Razarudin berkata, exco itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiz berkenaan sebelum menikmati makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan premis tersebut.

“Ketika kejadian tiada pelajar berada di maahad tahfiz tersebut, selain daripada pengurusan dan timbalan menteri berkenaan,” katanya.

Menurutnya berdasarkan gambar yang tular, kesemua individu yang hadir, termasuk timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain, namun menegaskan siasatan tetap diadakan terhadap kesemua yang menghadiri jamuan itu.

MR :  Dalam keadaan sekarang sepatutnya exco memahami keadaan dan peraturan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.