Header Ads

ads header

Flash News

Ingkar PKP: Timbalan Menteri, Exco Perak didenda RM1,000



GERIK
: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak pada Selasa kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 13 individu lain yang hadir bersama-sama mereka dalam jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong turut didenda jumlah yang sama.

Kesemua mereka mengaku bersalah apabila tuduhan terhadap mereka dibacakan bersama di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sebulan jika mereka gagal membayar denda dan kesemua mereka membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berkumpul di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong kira-kira jam 6 petang 17 April lalu.

Mereka didakwa melanggar  Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020 didenda mengikut Peraturan 11(1).

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amri Al Fikri Mohd Dasuki manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nor Zahari Ismail.

Pada 18 April, tular di media sosial  gambar kedua-dua mereka dan beberapa individu hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong.


MR :  Catat sejarah Timbalan Menteri Kesihatan kena denda akta KMM (Kesihatan)


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan