Header Ads

Header ADS

Pasal Rohingya, Mat Sabu nak kencing rakyat lagi

SERONOK sekali membaca dan menonton kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan hangat mutakhir ini mengenai kurang “cinta dan kasihnya” kepada pelarian Rohingya.

Bagi lebih menyeronokkan keadaan, marilah pula kita melihat sembilan bukti betapa mendalam “cinta dan kasihnya” kerajaan PH kepada pelarian Rohingya yang telah ditunjukkan sewaktu memegang tampuk kuasa pemerintahan dari 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

Bukti Pertama


Kepada soalan Wong Hon Wai (DAP–Parlimen Bukit Bendera), yang menanyakan apakah langkah berjaga-jaga diambil kerajaan PH untuk mengelakkan pelarian Rohingya daripada membanjiri sempadan darat dan maritim Malaysia? Timbalan Menteri Pertahanan kerajaan PH, Liew Chin Tong menjawab:

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melalui Markas Wilayah Laut 3 yang berpangkalan di Langkawi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi bagi memantau kemasukan pelarian Rohingya ke perairan negara. Di samping itu kerjasama perisikan dengan tentera laut Thailand juga diwujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat.”

Bukit Kedua


Kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas–Parlimen Sik), yang meminta supaya kerajaan PH menyatakan apakah perancangannya untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelarian Rohingya yang diselia oleh UNHCR ketika itu? Timbalan Perdana Menteri kerajaan PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab:

“Kerajaan telah berunding dengan UNHCR untuk menempatkan pegawai polis dan Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses Refugee Status Determination yang dijalankan oleh pihak UNHCR. Namun, rundingan tersebut belum dapat dimuktamadkan.”

Bukti Ketiga


Kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Parlimen Sik), yang menanyakan apakah kerajaan PH bersedia untuk mewujudkan satu unit yang rasmi atau khas untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan UNHCR dalam proses pendaftaran pelarian? Timbalan Perdana Menteri kerajaan PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab:

“Satu jawatankuasa belum lagi ditubuhkan.”

Bukti Keempat

Kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Parlimen Sik), yang menanyakan apakah kerajaan PH bersedia untuk menjadikan pelarian Rohingya sebagai pekerja asing yang didaftarkan secara sah? Timbalan Perdana Menteri kerajaan PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab:

“Kita tidak mahu menjejaskan kepentingan rakyat sendiri dalam negara supaya kita pelihara peluang pekerjaan untuk rakyat sendiri pun.”

Bukit Kelima


Kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Parlimen Sik), yang menanyakan apakah kerajaan PH melihat bahawa pelarian yang ada di negara kita berpotensi untuk menjadi tenaga buruh? Menteri Sumber Manusia kerajaan PH, M. Kulasegaran menjawab:

“Pada setakat ini tidak ada dasar-dasar yang tertentu untuk menolong pelarian untuk mendapat kerja di negara ini.”

Bukit Keenam

Kepada soalan Che Alias Hamid (Pas-Parlimen Kemaman), yang menanyakan apakah kerajaan PH berhasrat untuk memperluaskan Program Food Bank Malaysia kepada pelarian daripada negara luar? Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerajaan PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab:

“Fokus kita masih lagi kepada anak-anak tempatan kita yang masih lagi ramai belum kami dekati, sementara kami hargai usaha oleh kalangan NGO yang lain yang menjadikan pelarian sebagai sasaran. Kami anggap memadai dulu usaha itu dipikul oleh NGO.”

Bukti Ketujuh


Kepada cadangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Parlimen Kubang Kerian) supaya kerajaan PH mengecualikan pelarian yang memegang kad UNHCR daripada membayar caj vaksin, Menteri Kesihatan kerajaan PH, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjawab:

“Dari segi kad pemegang UNHCR itu, Malaysia adalah antara yang belum lagi meratifikasi dan mengiktiraf mereka sebagai refugees. Dengan kata lain, mereka terpaksa juga dikenakan caj.”

Bukti Kelapan

Kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Parlimen Sik) yang menanyakan apakah kerajaan PH merancang untuk membuka hospital medan bagi membantu pelarian Rohingya yang berada di Rakhine State itu sendiri? Timbalan Menteri Pertahanan kerajaan PH, Liew Chin Tong menjawab:

“Kementerian tidak ada rancangan untuk membuka hospital medan di Rakhine State.”


Bukti Kesembilan

Paling menarik, Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas-Parlimen Setiu) pernah menanyakan sejauhmanakah perkembangan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah PBB dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya Rohingya kerana beliau yakin dan percaya hanya melalui langkah ini pelarian Rohingya akan dapat dibantu dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan, sekali gus mampu mengelak pelbagai kes jenayah yang terpaksa dilakukan oleh mereka bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Sehingga ke tarikh jatuhnya kerajaan PH pada 24 Februari 2020 sekalipun, soalan ini tidak mampu dijawab oleh mana-mana pemimpin kerajaan PH kerana ia tidak pernah cuba dilaksanakan walaupun;

Dalam Janji 59 (muka surat 152) Manifesto PRU 14 PH jelas terpampang janji PH bahawa: “Kerajaan PH akan meratifkasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pelarian 1951 agar pelarian yang datang ke Malaysia untuk menyelamatkan diri dapat diberi bantuan sewajarnya.”

Dalam Janji 35 (muka surat 99) Manifesto PRU 14 PH jelas terpampang janji PH bahawa: “Kerajaan PH akan mengabsahkan status lebih dari 150,000 orang pelarian yang mempunyai kad UNHCR sebagai pelarian dan memberi kebenaran untuk mereka bekerja.”

Begitulah sembilan bukti betapa mendalam “cinta dan kasihnya” kerajaan PH kepada pelarian Rohingya. – MalaysiaGazette


MR :  PH ni mana rakyat simpati sesama Islam.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. 1.3 juta MyKad telah dilaporkan 'hilang' dll. Maka terdapat kemungkinan MyKad ini telah jatuh ke tangan beratus ribu pendatang haram dari China Komunis dan India dll yang menyebabkan mereka boleh menetap secara haram dengan selesa di Msia. Siapakah dalang mereka dan siapakah yang sedang melindungi mereka di Msia ?

    Mengapa puak rasis dan puak poyo tahap gaban sibuk mencipta pelbagai dakwaan karut marut untuk menfitnah dan memburuk-burukkan pelarian Rohingya yang beragama Islam tetapi mereka berdiam diri seperti syaitan bisu terhadap beratus ribu pendatang asing kafir yang menetap secara haram di Msia ???

    Oleh sebab itu, sebelum nasi menjadi bubur, sudah tiba masanya kerajaan Msia perlu bertindak segera:

    (1) menukar kad pengenalan sekarang kepada kad pengenalan baharu untuk mengenalpasti pendatang haram dari China Komunis dan India dll.

    (2) menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pendatang haram dari China Komunis, India dll dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka, dalang dan orang yang melindungi mereka dan orang yang bersubahat dengan mereka.

    Ini contoh berita tentang pendatang haram dari China Komunis dan India dll yang menetap secara haram di negara Kita:

    SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.

    Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

    "Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laman FB ‘Bersatu’ didakwa fitnah duta Malaysia wakili badan Rohingya di UK
      FMT Reporters -April 27, 2020 12:30 PM

      Padam
    2. Alahai...Udah semakin menjadi-jadi penyebaran berita fitnah puak depa la ni..bukan benda baru perbuatan diorang nih,malahan geng-geng depa ni,dari jenis manusia yang berpegang pada prinsip orang munafik..Haramjadah sungguh.Padahal masa depa duk pegang kuasa,depa tak jalankan tugas dengan baik pun...Hiss. Puak-puak ni kita gelarkan Juara Penyebaran Maklumat Fitnah..sesuai dengan perangai depa tak pernah brenti ulang cerita bohong.

      Padam
    3. Masa Md. Sabu pegang kuasa, sibuk beromen dgn darling. Sekarang RUU 355 dia jadikan medan isu cabar mencabar bagi PAS. Apa laa dia ni. RUU 355 ini maslahat umat Islam, tanggungjawab kita sebagai umat Islam, bukannya tanggungjawab org PAS sahaja.
      Nampak sangat mereka ini Munafik.

      Padam
  2. Tanpa Nama, jangan lupa warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Myanmar juga menetap secara haram disini. Sila selidik dengan tepat Dan Ambil tindakan dengan segera. Malaysia boleh!!!

    BalasPadam
  3. Mat Sabu ni tengah duk hasil helah propaganda baru pulak ni.. pastu koho duk ulaaaaang bohong.Ulang bohong berulang kali..Last-last orang bijak pandai pun kena tipu kat dia...Hah ha ha

    BalasPadam
  4. Semua orang tahu bahawa sudah ada undang-undang untuk mengawasi serta hukuman di mahkamah. Tindakan tegas sudah dibuat..tapi tetap berlaku juga.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.