Header Ads

ads header

Flash News

Isnin 27/4 - 1 korban, 40 kes baharu, 67.9% sembuh iaitu 95 hari ini


Malaysia mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 99.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 40 lagi kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan ialah sebanyak 5,820 kes.

Mengambil kira 3,957 atau 67.9 peratus yang telah sembuh termasuk 95 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,764 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian ke-99 (kes ke-4087) yang dilaporkan hari ini melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Pesakit itu telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada 27 April jam 4.31 pagi.








Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan