Header Ads

ads header

Flash News

Isu lantikan politik dalam GLC kerajaan.


Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun, kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi. Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC.

GLC / GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi dan dasar yang dilakukan kerajaan

Sebagai contoh pada tahun 2005, Pak Lah berhasrat nak menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia. Dan antara cara menggerakkan ekonomi Islam ini adalah melalui penerbitan sukuk dalam amaun yang besar. Tapi sukuk pada masa tersebut tak menarik minat para pelabur. Baik beli bon.

Khazanahlah antara pihak terawal yang menggunakan instrumen sukuk ini sehinggakan akhirnya ia menjadi satu trend dan menumbuhkan keyakinan kepada pihak swasta untuk turut sama terlibat.

Apabila DS Najib mengambil alih jawatan PM, beliau pula mahukan sebuah GLIC yang berperanan sebagai 'pemegang kekayaan negara'. Tak boleh nak bergantung kepada minyak lagi.

Tapi nak jadi 'pemegang kekayaan' ini kena berani melabur. Risiko tinggi

Maka ketika itu, Khazanah sekali lagi ambil peranan. Beli pegangan Jadwa Investment, beli ACR Retakaful Holding Ltd dan kembangkan IHH sehingga jadi rangkaian pusat perubatan antara terbesar dunia.

Sekarang bayangkan kalau GLC-GLC ini dipegang oleh pihak yang tidak satu kepala dengan kerajaan semasa, adakah ia akan berlaku?

Contohnya kalau Tun Mahathir menjadi Pengerusi Khazanah ketika zaman PM5 dan PM6, adakah Khazanah boleh berkembang seperti mana hari ini? Sedangkan Khazanah pada zaman PM4 ditubuhkan sebenarnya lebih kepada tujuan membeli saham-saham tak laku.

Masalahnya pada zaman PH dahulu, mereka acah-acah baik dengan berjanji tak buat lantikan politik dalam GLC. Itu sahaja.

Idea mereka itu betul tetapi sebenarnya tak sesuai melainkan ekonomi negara ini dipandu oleh sektor swasta. Macam kat negara-negara Barat.

Sebab itu dulu kami kata PH ini terlalu idealistik.

Cuma untuk Perikatan Nasional pula, janganlah buat GLC ini macam ghanimah perang. PAS dan UMNO sebenarnya mempunyai sangat ramai bakat profesional dan pakar yang boleh memimpin GLC. Biarkanlah ahli-ahli parlimen terus berfungsi sebagai medium semak dan imbang.

Contohnya Dr Asyraf Wajdi sangat sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji atas kepakaran kewangannya. Ir Khairil Nizam (KP PAS Pusat) pula mempunyai kelayakan teknikal bagi memandu GLC seperti Tenaga Nasional.

Sayang sangat jika dua tenaga muda hebat ini dibiarkan tanpa ada ruang sumbangan kepada negara.

Percayalah. Persepsi buruk memberi kesan yang terlalu besar di hati rakyat. Kawallah ia daripada awal.

Jangan diulangi kesilapan dahulu

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan