Header Ads

ads header

Flash News

Jangan jual penutup hidung dan mulut logo polis, tentera


Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata hanya anggota PDRM dan ATM sahaja dibenarkan menggunakan penutup hidung dan mulut yang mempunyai logo tersebut.

"Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 yang boleh dikenakan denda RM500 atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya," menurutnya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Katanya tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Huzir berkata amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan ATM Op Penawar 2020 seperti yang tular di laman sosial.

"PDRM tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan mempromosikan barangan berlogo PDRM dan ATM untuk dijual secara terang-terangan.

"Ia merupakan suatu kesalahan yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

-Bernama


MR :  Macam-macam gelagat manusia yang suka ambil kesempatan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan