Header Ads

ads header

Flash News

Walau Tak Disebut Namanya, Syed Saddiq Wajib Tampil Jawab Dakwaan


Kira-kira tiga hari lalu muncul sebuah rakaman video yang kemudian bertebaran di media sosial berkenaan seorang wanita muda jelita meluahkan perasaan kecewa terhadap hubungannya dengan seseorang yang ternama.

Walaupun wanita itu tidak menyebut siapa lelaki yang dimaksudkannya, tetapi oleh kerana sebelum ini gambarnya berpelukan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih dulu tersebar luas, ramai pengguna media sosial tanpa berselindung mengaitkan beliau dengan wanita terbabit.

Tambahan lagi, jika diteliti intipati luahan hati wanita muda dalam video itu, tidaklah sukar untuk memahami bahawa apa yang diluahkannya adalah ditujukan kepada Syed Saddiq yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung kehilangan atau kekurangan wang kira-kira RM250 ribu daripada peti simpanan di rumahnya.

Sebaik laporan polis dibuatnya, blog ini ada menggesa agar SPRM menyiasat Syed Saddiq berhubung sumber serta kesahihan wangnya yang hilang itu.



Dilaporkan kemudian SPRM sudah pun membuka kertas siasatannya dan Syed Saddiq serta beberapa pihak yang lain juga difahamkan sudah diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah itu.

Sebelum itu, Syed Saddiq telah tampil menjelaskan wang tersebut adalah simpanannya untuk membaiki rumah yang baru dibelinya bersama keluarganya, sementara sebahagian daripada RM250 ribu itu adalah wang ayah dan ibunya.

Apabila tersebar video ini, saya sengaja lambat sikit untuk membuat ulasan kerana mengharapkan Syed Saddiq segera tampil memberi penjelasan berkenaan hubungannya dengan wanita muda jelita itu serta dakwaan yang dibuatnya.

Sebagai pemimpin muda yang selalu melaungkan slogan “Berani Kerana Benar”dan “Kekal Berprinsip” dalam perjuangannya selama ini, Syed Saddiq tidak harus berdiam diri saja dalam isu terbaru ini.

Beliau mesti berani tampil menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan wanita muda jelita itu dan sama ada benar segala dakwaan yang dibuatnya sebagaimana terkandung dalam video itu.

Video tersebut di sini https://www.facebook.com/301114980619309/posts/636661210398016/?vh=e&d=n

Adalah dibimbangi jika Syed Saddiq terus berdiam diri, wanita muda jelita itu akan tampil lagi dengan rakaman video yang seterusnya beserta pelbagai dakwaan lain terhadap beliau.

Jika itu berlaku, sudah tentu nama dan imej Syed Saddiq akan lebih buruk di mata umum, lebih-lebih lagi beliau bakal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Armada Bersatu tidak lama lagi.

Pendeknya, berdiam diri dan membisu bukanlah pilihan yang wajar baginya.

Atau, kiranya Syed Saddiq lebih berani dan yakin dirinya di pihak yang benar serta segala dakwaan dalam video itu adalah palsu, apa kata beliau saman saja wanita muda jelita tersebut?Ayuh Syed Saddiq, inilah masanya untuk membuktikan “nothingtodide” yang selalu jadi sebulan sebelum ini bukan sekadar kata-kata yang sedap diungkapkan, tetapi juga mesti berani untuk dilaksanakan.

Shahbudin Husin

MR :  Pemimpin PH kalau disiasat banyak perkara berada bawah kapet..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PPBM akan pecah tak lama lagi. Baik TMY lompat ke UMNO atau PAS secepat mungkin.

    BalasPadam
  2. Aku taKut tisu lembutnya terkoyak jija berpelukan.....

    BalasPadam