Header Ads

ads header

Flash News

Kajian rawatan guna Remdesivir gagal ujian klinikal rawak pertama


NEW YORK: Kajian rawatan pesakit COVID-19 menggunakan Remdesivir telah gagal dalam ujian klinikal rawak yang pertama, menurut rangka keputusan disiarkan secara tidak sengaja, semalam.
Ia sekali gus menjejaskan harapan terhadap ubat yang diberikan perhatian teliti dalam usaha menghasilkan penawar penyakit itu.

Satu rangka rumusan dipaparkan untuk tempoh singkat dalam laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kali pertama dilaporkan oleh Financial Times dan Stat yang menyiarkan tangkap layar berhubung perkara itu.

Namun syarikat berkait ubat itu, Gilead Sciences, mempertikaikan cara penemuan terbabit digambarkan dalam paparan yang telah dipadamkan itu, dengan menyatakan bahawa data berkenaan menunjukkan satu 'potensi faedah'.

Menurut rumusan itu, kajian oleh China membabitkan 237 pesakit dengan 158 daripada mereka menggunakan ubat berkenaan dan baki 79 dalam sebuah kumpulan kawalan.

Penggunaan Remdesivir dihentikan awal terhadap 18 pesakit atas sebab kesan sampingan.
Penulis berkenaan dilaporkan berkata, Remdesivir 'tidak berkait dengan perbezaan dalam masa terhadap kemajuan klinikal' berbanding kawalan terbabit.

Selepas sebulan, 13.9 peratus daripada pesakit menggunakan Remdesivir telah meninggal dunia, berbanding 12.8 peratus mereka yang berada dalam kumpulan kawalan. Perbezaan itu tidak signifikan secara statistik.

WHO bagaimanapun memaklumkan kepada Financial Times bahawa rangka itu masih dalam kajian teliti dan tersilap disiarkan awal.

Jurucakap Gilead berkata kepada AFP: "Kami percaya paparan itu merangkumi gambaran tidak sesuai mengenai kajian berkenaan", dan memaklumkan bahawa ia dihentikan awal kerana penyertaan rendah, justeru tidak bermakna secara statistik.

"Sehubungan itu, hasil kajian terbabit adalah tidak konklusif walaupun trend data menunjukkan potensi faedah Remdesivir, terutama dalam kalangan pesakit yang dirawat dari peringkat awal penyakit berkenaan," kata jurucakap itu.

Kajian terbabit bagaimanapun tidak mewakili keputusan muktamad berhubung perkara itu. Ada beberapa kajian berskala besar dalam peringkat lanjutan yang bakal memberikan gambaran lebih jelas, tidak lama lagi.

Remdesivir yang diberikan secara intravena, adalah salah satu ubat pertama disarankan untuk merawat COVID-19, sekali gus mencetuskan harapan terhadap keberkesanannya.

Minggu lalu, Stat melaporkan, ia menunjukkan keberkesanan signifikan di sebuah hospital di Chicago di mana pesakit yang sedang dirawat adalah antara terbabit dalam kajian utama.
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) turut melaporkan, ia terbukti berkesan dalam satu kajian kecil membabitkan monyet.

Remdesivir yang sebelum ini gagal dalam kajian merawat Ebola, tergolong dalam kelas ubat bertindak secara terus ke atas virus terbabit. - AFP


MR :  Gelap harapan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. hahaha...

    buat ubat ebola dgn harapan boleh kaya cepat..
    tup..tup.. ebola stop merebak, habis la harapan nak jadi kaya.

    tiba-tiba dating penyakit baru pulak..
    ubat yg tak terjual dulu pun timbul kembali dgn harapan dapat digunakan..
    tup..tup.. dah tak brhasil dikata tak cukup penyertaan konon.

    Selamanya manusia ni jadi tikus makmal ja kalau masuk bab perubatan barat.
    apa boleh buat, bila dh takut mati, suruh telan nenek tikus pun dia telan hidup2..hahaha

    BalasPadam