Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan 6 hari tiada kes baru: Rakyat diminta terus patuh PKP


Rakyat di negeri Kelantan dinasihatkan agar tidak berasa selesa meskipun mencatatkan sifar kes baru Covid-19 dalam tempoh enam hari berturut-turut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata walaupun kes telah menurun dan mencatatkan sifar kes baru, namun masyarakat tidak boleh memandang remeh penularan wabak Covid-19 kerana risiko kebolehjangkitan masih ada.

“Kita jangan berasa selesa walaupun berlaku penurunan kes sama ada di peringkat negeri mahupun nasional selagi rantaian wabak Covid-19 ini belum benar-benar terputus," katanya ketika ditemui pemberita di majlis pelancaran label pembungkusan kuih raya di Penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.

Sehingga ini, Kelantan kekal dengan tiga kematian akibat Covid-19, dan merekodkan 155 kes positif wabak itu dengan lapan masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kelantan, Mat Yaacob berkata pihak penjara mengalu-alukan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan dalam pelbagai bidang termasuk mencipta label pembungkusan kuih raya dan yakin permintaan untuk kuih raya dari penjara akan meningkat.

Beliau berkata sehingga hari ini jumlah tempahan kuih raya sudah mencecah 13,000 bungkusan dan memberi jaminan kuih yang dihasilkan di dapur penjara adalah bersih dan bebas penyakit kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan.

- Bernama

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan