Header Ads

ads header

Flash News

KKM beri amaran kes meningkat dua minggu akan datang


PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan aktiviti pengesanan kes masih giat dilakukan KKM.

"KKM melakukan pengesanan kes terutama ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.

Menurutnya, penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil tindakan proaktif dan agresif yang dijalankan dalam tempoh dua minggu lalu.

"Terima kasih kepada barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, polis," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, perancangan hari ini akan dapat dinilai hasilnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini," katanya.

Ditanya mengenai Lembah Pantai masih lagi disenaraikan sebagai kes positif tertinggi jangkitan wabak itu di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, kepadatan penduduk di kawasan itu merupakan faktor utama penyumbang peningkatan kes.

"Kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan Masjid India.

"Kementerian masih lagi melakukan pengesanan aktif di kawasan berkenaan dan berharap tiada kluster baharu direkodkan," katanya.


MR :  Jangan pandang mudah amaran ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Datuk Noor Hisham sebelum 21/4/20 Allah taala telah menguji datuk dgn satu dugaan yang amat berat tetapi dgn kuasa Allah taala juga yg diberi pada datuk,dgn tenang datuk selesaikan satu persatu dugaan ini.semoga 5k, keyakinan kekuatan, ketabahan, ketenangan dan keikhlasan yg Allah taala berikan pada datuk, terserlah diwajah serta ciri-ciri yg dimiliki oleh datuk cukup sempurna untuk selesaikan semua dugaan ini, pada tanggal 21/4 ini adalah tarikh yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat buat sekeluarga saya kerana 21/4 sama tarikh kelahiran anak ketiga saya yg sentiasa menanti di depan tv untuk melihat ulasan datuk setiap hari, kuasa Allah taala tiba tiba datuk menjadi bualan hangat rakyat Malaysia bagaimana datuk menangani masalah ini dgn tenang dan dikenali sebagai salah seorang doktor terbaik dunia. ini semua dari Allah , setiap usaha datuk curahkan Allah beri nikmat pada usia datuk yg ke 57, semoga datuk sekeluarga di beri kekuatan,ketabahan,perlindungan dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan di bumi Allah ini, happy birthday for u datuk.0122540785

    BalasPadam