Header Ads

Header ADS

Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu?


Kuala Lumpur – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bakal berdepan dengan tindakan di pecat dari parti itu kerana di anggap melanggar disiplin.

Menurut sumber parti itu, ia ekoran dari kenyataan Tun Mahathir yang memilih untuk duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini.

“Keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH (Pakatan Harapan) untuk bersama-sama dengan PN (Perikatan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.

“Sehubungan itu, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.

“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” ujar sumber itu.

Semalam bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan kepada The Star berkata akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.

Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang. – SuaraTV

MR :  Kita lihat siapa kena games!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kesian madey dah ramai rakyat tak suka kan beliau. Hidup suka menipu org itu lah harga nya.

      Padam
  2. org dok kalut dengan penyakit..

    atok dok tak habih2 nak main politik.

    hingga hujung nyawa ka atok..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org tua xsedar dri.hidup nk tongkat langit

      Padam
  3. Suruh dia duduk sorang2 dekat tepi pintu masuk parlimen.

    BalasPadam
  4. Elokla tu. Cepat terkubor pn

    BalasPadam
  5. Dr.Mahathir sudah terlalu tua untuk berpolitik dan memang patut bersara.

    BalasPadam
  6. ..itu laa..citer politik di Malaysia...tak ada kesudahannya...ni mcm gimik Jerr..

    BalasPadam
  7. ..itu laa..citer politik di Malaysia...tak ada kesudahannya...ni mcm gimik Jerr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga terdapat golongan tertentu yang terpaksa bergantung kepada ketokohan Dr.Mahathir yang berusia 94 tahun ? Sementara mereka boleh berdiri diatas kredibiliti mereka sendiri.

      Padam
  8. Dah tua duduk rumah saja lah,jalan pun dah tak larat,cakap pun dah terketaq2,selalu salah cakap ada org.lain pula nak tolong perbetulkan jangan perasan diri tu muda lagi,kalau tak nyanyuk pun hampir2 nyanyuk dah,kita tak boleh pertaruhkan nasib rakyat dgn.melantik PM nyanyuk memimpin negara.

    BalasPadam
  9. duk p la tang mana pun lastly duk belakang masjid juga

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.