Header Ads

ads header

Flash News

KPM dijangka ubah takwim sekolah, jadual peperiksaan


Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan meminda kesemua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pengangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

Malaysiakini dimaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan PT3 akan ditangguhkan beberapa bulan.

Begitu juga dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan kabinet.

"Pihak kementerian kini sedang bermesyuarat untuk memuktamadkan tarikh-tarikh bagi peperiksaan itu dan dijangka akan diumumkan menteri dalam masa terdekat.

"Pemindaan itu perlu dilakukan memandangkan PKP dilanjutkan kerajaan dan keputusan kerajaan untuk tidak terus memulakan sesi persekolahan apabila PKP tamat.

"Jadi, perubahan ini wajar dilakukan bagi membolehkan murid-murid melakukan persediaan yang sewajarnya," kata sumber kementerian itu.

Tunggu pengumuman menteri

Dalam pada itu, juga dimaklumkan sumber bahawa perubahan takwim persekolahan tahun ini sedang dirancang oleh KPM.

Katanya lagi, KPM juga akan melaksanakan pembelajaran di rumah termasuk melalui TV pendidikan.

Wartawan telah cuba menghubungi Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Dua timbalan menteri pendidikan, Mah Han Soong dan Muslimin Yahaya ketika dihubungi pula enggan menggulas lanjut.

Sebaliknya mereka meminta supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh menteri ataupun pihak kementerian mengenainya.

"Maaf tuan, kita tunggu penyelarasan dan penjajaran semula yang akan diumumkan oleh kementerian," kata Muslimin kepada Malaysiakini.

Pada 28 Mac lalu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan peperiksaan SPM dipinda ke 16 November hingga 7 Disember ini, berikutan penularan wabak Covid-19.

Namun, tarikh UPSR kekal pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September.

KPM berkata, penjadualan semula dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum subjek berkaitan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Jumaat lalu, ketika memaklumkan keputusan PKP dilanjutkan kepada 28 April, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan sekolah tidak akan dibuka lebih awal sehingga keadaan telah kembali pulih.

Kata perdana menteri, beliau sudah meminta Kementerian KPM untuk melaksanakan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dan seterusnya sehingga sekolah dibuka semula.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan