Header Ads

ads header

Flash News

Lagi Cara Mudah Buat Lemang, Guna Tin Minuman. Boleh Masak Dalam Pengukus, Rice Cooker Atau Periuk Noxxa


Ada cara senang buat apa ikut cara susah kan. Kalau teringin makan lemang dah tak perlu keluar beli atau susah payah bakar.

Sekarang ada saja cara kreatif yang lagi mudah dikongsi oleh netizen untuk menyediakan makanan tradisional ini.

Antara caranya adalah dengan memasak lemang menggunakan tin minuman. Cara memasaknya pula boleh menggunakan sama ada periuk tekanan, oven, pengukus atau masak dalam rice cooker saja.

Idea kreatif ini dikongsi oleh saudara Are Peace. 

Lemang Tin

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1/2 kg santan pekat (tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
Sedikit garam

Cara membuat

1. Tin minuman dibasuh bersih dan masukkan daun pisang.
2. Basuh beras pulut lalu masukkan dalam tin 3/4 penuh.

3.
Masukkan juga santan sama paras dengan beras.

4. Masukan tin ke dalam inner noxxa dan masukan air dalam inner suku dari tin tersebut( boleh rujuk gambar).




5. Hp selama 30 minit dengan Noxxa.
6. Keluarkan wap.
7. Alihkan tin tersebut ke dalam oven. Bakar 15 ke 20 minit 200°c.




8. Bila dah siap tunggu sejuk dan boleh keluarkan lemang dari tin….
Hidang bersama rendang. Selamat menjamu selera.


NOTA

  • Jangan risau kalau tak ada periuk Noxxa, boleh saja terus bakar guna oven 180°c dalam 1jam 30 minit ikut jenis oven.
  • Boleh guna pengukus atau masak dalam rice cooker. Selamat mencuba.
Sumber :  Are Peace via Masak Apa Hari Ni




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan