Header Ads

Header ADS

Lebih 14,000 langgar PKP, 5,930 pesalah sudah dituduh di mahkamah


KUALA LUMPUR: Lebih 14,000 individu melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April bagi fasa 1 dan 2.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, terdapat peningkatan pada fasa 2 sehingga membawa kepada 11,295 tangkapan berbanding fasa 1 yang merekodkan 3,627 tangkapan.

Katanya, peningkatan itu adalah disebabkan tindakan individu yang mengingkari arahan PKP untuk duduk di rumah.

“14,922 pesalah atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh PKP 1 dan 2. Daripada jumlah itu, seramai 3,627 orang ditahan fasa 1 dan 1,295 ditahan melanggar PKP fasa 2.

“Ada antara individu yang ditahan ini dikesan melalui sekatan jalan raya sehingga 3 hingga 4 kali dengan alasan membeli barang keperluan.

“Malah ada juga individu ini tidak dapat memberikan sebarang alasan ketika ditanya tujuan mereka keluar dari rumah,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, selaras dengan kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri, polis akan terus menahan mana-mana individu yang dikesan melanggar arahan PKP bermula, hari ini.

“Kita akan menangkap individu terbabit dan membawanya ke balai untuk membuka kertas siasatan atas kesalahan melanggar PKP sebelum mendakwanya di mahkamah.

“Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduhan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini seramai 5,930 pesalah sudah dituduh di mahkamah seluruh negara atas kesalahan melanggar PKP.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.